DR MAHATHIR TAKKAN BERJAYA SINGKIR SAYA, KATA NAJIB

PERDANA Menteri Najib Razak menolak musuh politiknya, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berpeluang untuk menyingkirkannya daripada kuasa pada pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri, ketika mengakui kehadiran mantan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya pada pembukaan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) di Kuching, berkata Dr Mahathir tidak akan berjaya.

Selepas menyifatkan Abdullah, pengasas forum berkenan, sebagai “pendahulu yang sangat menyokong”, beliau berkata “pendahulu saya yang lain memaksa untuk perubahan yang mengganggu” merujuk kepada tema forum berkenaan, “Perubahan mengganggu: Kesan dan cabaran”.

“Beliau tidak akan berjaya.”

Dr Mahathir kini bekerjasama dengan bekas musuh politiknya dalam PKR dan DAP untuk membentuk blok pembangkang, Pakatan Harapan, dalam cubaan untuk menyingkirkan Najib dan Barisan Nasional.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Bersatu, bekerjasama dengan bekas timbalan perdana menterinya dan ketua de facto PKR Anwar Ibrahim, yang sedang dipenjara kerana sabitan kes liwat dan Lim Kit Siang daripada DAP, untuk menjatuhkan Najib yang didakwa mereka sebagai kleptokrat yang menyeleweng berbilion ringgit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.