DR MAHATHIR SEBAGAI PM HANYA STRATEGI MENANGI UNDI MELAYU LUAR BANDAR

MENAMAKAN Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim adalah strategi jelas yang mensasarkan untuk merapatkan Pakatan Harapan kepada penduduk Melayu luar bandar, kata penganalisis.

Bekas perdana menteri dan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri pada retreat dua hari di Putrajaya yang berakhir pada Sabtu.

“Sekiranya pakatan mahu mendapatkan undi masyarakat Melayu luar bandar, ia  mungkin berhasil,” kata pengarah eksekutif Insitut Asia Universiti Tasmania, James Chin.

“Menamakan Tun Dr Mahathir merupakan satu langkah bijak kerana mereka mahu maklumkan kepada pengundi Melayu Umno, sekiranya kamu undi PH, kamu dapat Umno yang asli, bukan Umno Najib,” kata Chin.

Barisan Nasional yang sekian lama menguasai penempatan Felda yang didominasi masyarakat Melayu, kesemuanya 54 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia. Dr Mahathir, ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun juga merupakan presiden Umno.

PH, yang diketuai pengerusi Bersatu Dr Mahathir, 93, cuba untuk membuka laluan ke arah itu dengan mengadakan ceramah yang memfokuskan topik seperti rasuah dan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad.

Kecuali PKR, semua parti dalam Pakatan Harapan bersetuju dengan cadangan itu sekiranya pakatan pembangkang menang pilihan raya, yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada Ogos depan.

Tetapi, Chin turut memberi peringatan tentang undi belia.

“Masalahnya ialah, ketika Dr Mahathir mendekati masyarakat Melayu berusia 40 tahun ke atas, belia Melayu tidak berminat dengannya.

“Belia Melayu merasakan individu yang paling layak dalam PH adalah Azmin dan Rafizi,” kata Chin merujuk kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang juga merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR.

“Jika pengundi muda ditanya mengenai perkara ini, saya rasa mereka tidak akan menerima Dr Mahathir dan Wan Azizah. Mereka mahu orang yang lebih muda,” tamah Chin.

Kebanyakan pengundi pembangkang sudah pun menganggap Dr Mahathir sebagi tokoh peralihan, tambahnya.

“Jangkaan ialah beliau akan ada sehingga Anwar dibebaskan dari penjara.”

Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi PH pada Julai. Sementara Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes liwat sejak Februari 2015.

Mencalonkan nama Dr Mahathir sebagai perdana menteri merupakan strategi yang jelas untuk menangi undi Melayu, PH masih lagi perlu memberikan hujah kukuh kepada penyokong lain bahawa beliau dan Wan Azizah kekal sebagai calon terbaik, kata penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Sivamurugan Pandian.

“Ahli PKR mungkin masih lagi kecewa kerana insiden pemecatan Anwar pada 1998 dan tidak menunjukkan sokongan terhadap cadangan ini,” katanya, merujuk kepada peristiwa Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan digugurkan daripada kerajaan oleh Dr Mahathir.

Pemecatan, sabitan kes liwat pertama Anwar dan gerakan Reformasi, masih segar dalam ingatan kebanyakan ahli PKR, tambah Sivamurugan.

“Kebanyakan yang menyokong Dr Mahathir kini menentang beliau. (Kepimpinan) hanya mahu kepastian dan rasional tentang keputusan menamakan beliau sebagai perdana menteri interim.

“Tetapi apa yang lebih menarik adalah: Di mana Dr Mahathir akan bertanding bagi melayakkan beliau calon PM PH?” tambahnya.

Faktor usia bagaimanapun, harus menimbulkan kebimbangan pengkritik Dr Mahathir kerana bekas perdana menteri itu akan berpegang kepada kuasa, kata ketua program pengajian politik Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat.

“Beliau adalah pilihan yang paling berpecah bagi politik dalam PH. Memandangkan usia Dr Mahathir, sifat interimnya masih lagi dipersoalkan,” kata Wong.

Berikutan pengalamannya dalam politik Malaysia, Dr Mahathir mungkin satu-satunya tokoh yang akan menarik sokongan daripada penyokong tegar Umno dan Barisan Nasional.

“Walaupun pencalonan Dr Mahathir mungkin menyinggung perasaannya terhadap pertahanan beliau terhadap peraturan masa lalu, beliau juga menarik segelintir pengundi yang secara konvensional menyokong Umno dan BN sahaja dan tidak akan menyokong pembangkang melainkan jika ada kesinambungan yang boleh membuat perubahan rejim lebih mudah diterima oleh nasionalis Melayu, kawasan pendalaman dan Istana. “

“Pada akhirnya, seperti dalam banyak parti, hanya Umno yang mampu mengalahkan Umno.

“Kejatuhan BN pada pilihan raya sering berounca daripada pembangkang yang diketuai bekas pemimpin kanan Umno. Pada 1990, Tengku Razaleigh Hamzah. Pada 1999, 2008 dan 2013, adalah Anwar. Kali ini, pastinya Dr Mahathir,” kata Wong.

Gandingan Azmin-Mukhriz 

Seorang penganalisis yang tidak bersetuju dengan langkah yang diambil PH adalah profesor madya dan penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak Jeniri Aamir, yang berpendapat ia hanya akan membawa kepada kesan negatif kepada pakatan pembangkang.

Beliau percaya PH telah membuat keputusan salah dengan menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim.

“Saya tidak rasa ia merupakan langkah yang betul yang diambil oleh PH. Ia akan membawa kesan negatif dari segi bagaimana rakyat melihat PH secara keseluruhannya.

“Dr Mahathir berada di atas selama 22 tahun dan kini mereka mahu meletakkannya semula pada posisi itu. Rekod pencapaiannya tidak bagus dalam tadbir urus yaang baik. Banyak skandal berlaku ketika pentadbirannya,” kata Jeniri.

“Pasti ada calon yang lebih baik berbanding Tun yang sudah berusia 93 tahun. Tidakkah mereka boleh mencadangkan yang lebih baik atau mereka terdesak dan merasakan hanya Dr Mahathir calon yang layak?”

Jeniri mencadangkan Azmin sebagai perdana menteri interim dan Mukhriz sebagai timbalannya.

“Pada saya beliau (Azmin) menjalankan tugas dengan baik di Selangor. Beliau merupakan pemimpin yang memandang ke hadapan dan dinamik.”

Namun Chin dari Universiti Tasmania berkata, “gabungan Azmin-Mukhriz” tidak akan menjadi.

“Azmin hanya mengawal 60% daripada PKR manakala 40% adalah di bawah Rafizi. Dan Mukhriz juga tiada sokongan akar umbi. Beliau di sana hanya kerana Tun Dr Mahathir,” kata Chin, dan menjelaskan peletakan jawatan Mukhriz sebagai menteri besar Kedah pada Februari 2016 selepas kepimpinan Umno mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap beliau sebagai ketua kerajaan negeri dan ketua badan perhubungan Umno negeri.

Jeniri berkata, beliau menjangkakan Barisan Nasional akan menang pilihan raya, tetapi kurang majoriti. Bagi strategi untuk memenangi sokongan pengundi Melayu, beliau merasakan dengan menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim kurang berkesan berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup.

“Sebagai kerajaan yang memerintah, BN mempunyai wang dan jentera akar umbi dan mereka mengawal media. PH sering bercakap mengenai 1MDB, yang kurang penting kepada penduduk luar bandar. Ia masih lagi berpegang kepada isu kos sara hidup.”

– https://www.themalaysianinsight.com

.