DR MAHATHIR: PAS TIDAK ADA HAK LETAK SYARAT

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada PAS bahawa parti itu tidak mempunyai hak untuk meletakkan syarat ke atas mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.

“PAS tidak ada hak untuk meletakkan sebarang syarat (kepada ahli dalam Pakatan Harapan).

“Gabungan dah dibentuk siapa nak masuk boleh – tak ada syarat,” katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan PAS untuk membincangkan isu memutuskan hubungan dengan PKR pada mesyuarat agung atau muktamar parti itu pada bulan depan.
Sebelum ini, PAS Permatang Pauh, Bayan Baru di Pulau Pinang mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan secara rasmi menerima BERSATU sebagai ahli terbarunya, dan bersetuju dengan cadangan Mahathir bahawa gabungan itu perlu didaftarkan.

– M’kini

.