DR MAHATHIR BANTU BEKAS MUSUH DAP KUTIP RM250,000

PADA zaman pentadbirannya, Dr Mahathir Mohamad menahan beberapa ahli politik ini tanpa perbicaraan.

Tetapi malam tadi, beliau di Pulau Pinang di mana beliau membantu individu yang sama pernah dipenjarakan mendapatkan hampir RM250,000 dalam makan malam kutipan dana DAP di SPICE Arena di Bayan Baru.

Bekas perdana menteri itu yang kini pengerusi gabungan pembangkang Pakatan Harapan, adalah penceramah utama pada program yang berkenaan dihadiri lebih 3,000 orang.

Gambar potretnya dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, ketua umum PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dilelong dengan harga permulaan RM2,000, dan semua terjual pada majlis makan malam untuk mencari dana itu.

Dr Mahathir dan DAP mempunyai sejarah yang panjang sejak ketika beliau menjadi perdana menteri lagi. Di bawah pentadbirannya, Guan Eng dan bapanya Kit Siang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika gerakan Ops Lalang.

Kini, sebagai pengerusi PH, Dr Mahathir mengetuai gerakan pembangkang menentang gabungan Barisan Nasional (BN) dan bekas anak didiknya, Perdana Menteri Najib Razak.

Sepanjang ucapannya selama 40 minit ditujukan kepada Najib, di mana beliau menyalahkannya kerana menyebabkan Malaysia dilabelkan negara kleptokrasi menerusi skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berucap di hadapan lebih 3,000 orang yang datang pada majlis makan malam kutipan dana DAP di Bayan Baru, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 September, 2017.
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berucap di hadapan lebih 3,000 orang yang datang pada majlis makan malam kutipan dana DAP di Bayan Baru, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 September, 2017.

Dr Mahathir berkata Najib tidak seyakin dulu, dan malah kini takut.

“Suka saya nak beritahu yang sehingga kini, PH menyaksikan rakyat Malaysia pelbagai kaum, komuniti dan puak memberikan sokongan kepada kami.

“Kalau dulu, Najib percaya dia ada Sabah dan Sarawak sebagai deposit tetap. Sekarang dia tidak begitu yakin lagi. Dia takut.

“Orang ini, dia selalu senyum. Tetapi di sebalik senyuman itu, jantungnya berdegup sangat, sangat laju.

“Sebab itu kenapa dia tidak ada keberanian adakah pilihan raya umu. PH sudah bersedia nak kalahkan BN,” katanya.

Dr Mahathir berkata Najib mungkin tunggu hingga tahun depan untuk mengadakan pilihan raya, tetapi Najib mungkin tidak akan adakan langsung, sesuatu boleh berlaku yang dengan mudah saja oleh perdana menteri yang ada kuasa mengisytiharkan darurat.

“Senang saja. Apa dia perlu buat Cuma minta Ali Tinju (veteran tentera dan pemimpin NGO Melayu Mohd Ali Baharom), atau pengganas lain untuk baling kerusi.

“Bila kerusi dah kena baling, Najib boleh isytihar darurat kerana ada rusuhan. Jadi tidak ada pilihan raya. Jika dia kalah (pilihan raya), dia boleh juga isytihar darurat untuk halang kerajaan berubah,” katanya.

Dr Mahathir merujuk kepada kekecohan yang berlaku pada forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam bulan lalu di mana beliau bercakap mengenai skandal 1MDB. Beliau sedang menjawab soalan hadirin apabila kasut dan kerusi mula dibaling ke arahnya.

“Tetapi jika Najib kalah teruk, tidak ada dia boleh lakukan.

“Jadi saya merayu kepada anda semua. Jika anda sayangkan negara ini, mahu lihat ia membangun dengan aman, menjalani hidup yang baik, maka berilah PH majoriti terbesar.

“Kami tidak minta anda pergi perang atau sertai demonstrasi. Cuma pangkah untuk PH,” katanya.

Hadirin tergelak dan memberi sorakan ketika Dr Mahathir terus mengusik Najib dan “sesi bergambarnya yang paling mahal” dengan Presiden AS Donald Trump ketika lawatan kerjanya ke White House baru-baru ini untuk “mengukuhkan ekonomi AS”.

Pemimpin PH lain yang turut menyampaikan ucapan ialah Naib Presiden DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, dan Mohamad.

– https://www.themalaysianinsight.com

.