DR. M TIDAK PATUT KELUAR ‘FATWA’

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mengeluarkan ‘fatwa’ sendiri dengan mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu sebagai satu bentuk rasuah.
“Kalau nak bagi fatwa, bukan Dr. Mahathir yang sepatutnya bagi fatwa, tetapi itu saya tidak mahu komen lebih lanjut.

“Sebab saya rasa ada ba­nyak sangat komen dari Dr. Mahathir, jadi biarlah beliau de­ngan komen-komennya,” katanya da­lam sidang akhbar berhubung kempen ‘Pas Pilihanku’ di Ibu pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Par­ti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu membuat dakwaan dengan menyamakan pem­berian BR1M dengan rasuah ketika ber­ucap dalam pro­g­ram ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah.

Berikutan itu, bebe­ra­pa mufti menyifatkan dakwaan Dr. Mahathir itu tidak berasas kerana BR1M merupakan pemberian kepada rakyat dan bermanfaat kepa­da golongan sasaran, malah dalam Islam, ra­suah diberikan kepada individu ter­tentu untuk kepentingan diri sendiri sedangkan BR1M diberikan kepada semua pihak yang berkelayakan tanpa mengira agama dan bangsa.

Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) turut menyangkal dakwaan tersebut memandangkan pemberian BR1M merupakan polisi yang ditetapkan kerajaan untuk kesejahte­raan rakyat.

Sementara itu, mengulas me­ngenai kempen berkenaan, Pas menyasarkan pertambahan se­banyak 131,226 ahli baharu sepanjang kempen yang akan berlangsung pada Januari hingga April tahun depan.

Katanya, setiap Pas kawasan dan negeri ditetapkan sekurang-kurangnya 15 peratus jumlah ahli dapat ditambah yang pada masa ini berjumlah 874,838 ahli dica­tatkan sehingga November lalu di seluruh negara.

“Kempen ini dilancarkan bukan sebab ancaman daripada parti lain, tetapi kita melihat ada permintaan tinggi terhadap Pas setelah kita membawa budaya politik matang dan sejahtera. Kita juga berharap parti lain pun tidak berasa terancam dengan kempen ini,” katanya.

– UTUSAN

.