DR M JADI PM JIKA ADA RESTU HARAPAN

Tun Dr Mahathir mungkin menimbangkan kemungkinan menjadi perdana menteri lagi tetapi bekas anak didik – dan seterunya – mempunyai pandangan lain.

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, cadangan itu hanya mungkin dicapai jika mendapat persetujuan bersama di kalangan parti pembangkang.

“Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan.
“Seseorang tidak menjadi menawarkan diri (menjadi perdana menteri) begitu saja sebaliknya perlu ada kesepakatan,” katanya kepada media hari ini.

Anwar yang menjadi calon perdana menteri di kalangan gabungan HARAPAN ditemui di kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini.

– M’kini

.