DITUDUH TERIMA ‘DEDAK’, MAT TAIB TAK TERASA HATI

SABAK BERNAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib enggan ambil pusing kenyataan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim pada Sidang Dun Selangor yang menuduh beliau sebagai penerima ‘dedak’ setelah kembali ke pangkuan Umno pada 17 September lalu.

Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Mat Taib berkata, beliau tidak terasa hati dengan kenyataan itu kerana sudah menjadi kebiasaan parti pembangkang di negara ini memburuk-burukkan kerajaan BN sejak dari dulu lagi.

“Memang itulah cara mereka. Kalau sebelah sini (BN) semuanya buruk, dedaklah…semua tak bagus.

“Saya rasa rakyat semua faham sebab mereka nampak sendiri apa yang Pakatan Harapan buat terutama di negeri ini,” katanya selepas ditemui pada Siri Jelajah Penerangan Isu-Isu Selangor di Dewan Terbuka Pejabat Parlimen Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, di sini, malam tadi.

– Sinar Harian

.