DIDAKWA LIWAT, ROGOL 2 ANAK SAUDARA

KOTA BHARU- Seorang kakitangan sebuah hospital dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol dan meliwat dua anak saudara perempuannya pada Februari dan Jun lalu.
Tertuduh berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan pertama lelaki itu didakwa meliwat seorang anak saudaranya berusia 11 tahun dua bulan di sebuah rumah, di sini kira-kira pukul 9 malam pada Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan kedua dia didakwa merogol seorang lagi anak saudaranya berusia 15 tahun enam bulan di sebuah rumah, di sini kira-kira pukul 7.45 malam pada Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias dan tertuduh diwakili peguam Mohd. Firdaus Mohd. Yusoff.

Mahkamah menetapkan 29 Disember depan untuk sebutan semula kes.

– UTUSAN ONLINE

.