DI MANA SILAPNYA ANALISIS PRU, INI KATA ZAID IBRAHIM

Kebanyakan penganalisis politik dan ekonomi sepakat BN akan mengekalkan kemenangan, termasuk mengembalikan majoriti dua pertiga dalam parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim memilih melawan arus.

Beliau malah menyelar pengkritik yang baginya tidak meletakkan kepercayaan kepada pemilih di Malaysia.

“Akan ada tsunami Melayu terhadap BN yang (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) dan rakan-rakannya tidak akan tahu apa yang melanda,” katanya.

“Pemilih Melayu tidak akan jawab soal selidik. Mereka tidak mahu petugas-petugas Umno dan BN beri masalah pada mereka, jadi mereka pura-pura sokong Umno – tetapi sebenarnya sesuatu sedang berlaku.

“Peralihan besar pemilih kepada pembangkang akan berlaku dan kita akan dapat kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke-14,” tulisnya di blog.

Zaid berkata, penganalisis membuat ramalan sebaliknya kerana percaya bahawa rakyat Malaysia tidak kisah dengan amalan rasuah.
Bekas menteri Umno itu juga berkata kumpulan itu tidak memahami tentang orang Islam di Malaysia sebagai pemilih paling ramai dalam pilihan raya.

“Mereka fikir orang Islam di Malaysia tidak kisah tentang kejujuran dan ketelusan, dan boleh ditipu dengan mudah oleh pemimpin dengan janji ‘hudud’ dan tajaan lawatan ke Mekah, yang kemudian menyebabkan mereka lupa tentang ketidakadilan dan rasuah,” katanya.

Beliau juga berkata pengarah sebenar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Moghamad tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh penganalisis.

– M’kini

.