DI HARI JADI, SULTAN BIMBANG KEMELUT MELAYU

Di hari keputeraan baginda yang ke-59 hari ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menyuarakan kebimbangan baginda terhadap kemelut yang menghantui orang Melayu.

“Sebagai raja yang telah berjanji dan berikrar untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam, saya tidak akan membiarkan krisis perebutan kuasa antara pemimpin Melayu terus berlaku yang akhirnya membuatkan orang Melayu berpecah-belah dan menjadi lemah.

“Dan hari ke sehari, orang Melayu terheret dengan krisis kredibiliti yang mencalar imej dan kepercayaan, kepada institusi yang dipimpin oleh orang Melayu, yang akhirnya menyusutkan keyakinan, pengaruh dan kuasa sebenar orang Melayu,” titah baginda.

Baginda titah baginda bimbang kerana apa pun, kepentingan dan pengaruh orang Melayu mesti dijaga tanpa kompromi dan dolak dalih.

“Lebih-lebih lagi di Johor, di mana bermulanya perjuangan Melayu yang paling tersusun dan berjaya dan menjadi benteng yang paling kuat di negara ini,” titah baginda.

– M’kini

.