DENGAN SIAPA LAGI TOK HIM PERNAH AMBIL DEDAK?

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali tanpa berselindung mengakui pernah mengambil dedak daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika beliau mengetuai kerajaan dahulu.
“Tidak sedikit jasa Tun Mahathir kepada saya. Ketika saya sertai semula UMNO, tak sampai sebulan saya dilantik jadi Ahli MT UMNO.
“Beliau sayang dan tolong saya dalam hidup. Saya dapat dua atau tiga projek yang saya minta dan Tun Mahathir luluskan.
“Jadi maknanya, saya makan dedak lebih awal daripada yang lain-lain,” kata Ibrahim yang juga mesra dengan panggilan Tok Him.
Memang hebat Tok Him, ketika tak ramai orang lain berpeluang dapat dedak daripada Tun Mahathir, tetapi beliau senang-senang memperolehinya sedangkan sebelumnya beliau bermusuh serta kerap memaki bekas Perdana Menteri itu.
Tetapi, apakah beliau hanya pernah ambil dedak ketika Tun Mahathir berkuasa saja?
Bagaimana selepas Tun Mahathir bersara dan ketika itu Tok Him menubuhkan NGO Perkasa?
Apakah NGO itu dihidupkan sebahagiannya melalui sumbangan dedak daripada Tun Mahathir juga?
Selain itu, macam mana pula dengan pemimpin-pemimpin lain, pernahkah Tok Him turut dapat dedak daripada mereka?
Misalnya, pernahkah Tok Him dapat dedak daripada Ku Li yang sentiasa disokongnya daripada dulu hingga sekarang?
Misalnya juga, pernahkah Tok Him dapat dedak daripada Tok Guru Nik Aziz ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar Kelantan dahulu?
Misalnya lagi, pernahkah Tok Him dapat dedak daripada Najib Razak sebelum ini?
Lagi misalnya, pernahkah Tok Him mengambil dedak daripada menteri-menteri yang ada sekarang untuk menghidupkan NGO Perkasanya?
Pernah mengambil dedak daripada Tun Mahathir barangkali belumlah cukup hebat, tapi jika Tok Him terbukti pernah dapat dedak daripada semua nama-nama yang disenaraikan di atas, sah beliau memang pemimpin Melayu yang terhebat di negara ini.

Bermakna, selain “raja katak”, satu lagi gelaran yang sesuai buat beliau juga ialah “raja dedak”.

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.my

.