DEMO SIASAT ‘JOHOR OFFICIAL 1’ DI JOHOR

Pembangkang hari ini mengadakan perhimpunan mendesak “Johor Official 1” atau JO1, merujuk kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin, disiasat.

Gesaan itu dibuat susulan skandal penukaran status hartanah bumiputera yang dikaitkan dengan Khaled.

KiniTVĀ melaporkan kira-kira 40 orang pemimpin dan aktivis Pakatan Harapan Johor terlibat dalam perhimpunan di perkarangan terminal bas Kota Iskandar, Nusajaya.

 

Di Dewan Undangan Negeri (DUN), Khaled hari ini menafikan dakwaan itu.

Minggu lalu, Wong Shu Qi (DAP-Senai) bertanya sama ada Khaled menerima RM12 juta bagi menukar status hartanah bumiputera kepada bukan bumiputera, berdasarkan dokumen kenyataan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor di Internet.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor
Taquiddin Che Man berkata Khaled patut direhatkan daripada jawatannya susulan perkembangan itu.

– M’kini

.