DEMI PALESTINE, SEDIAKAH NAJIB BATALKAN PEMBELIAN BOEING DAN TARIK BALIK BANTUAN KUKUHKAN EKONOMI AMERIKA?

WASHINGTON DC, 12 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama Presiden Donald Trump selepas membincangkan hubungan strategik antara kedua-dua negara di Rumah Putih hari ini. Perbincangan dengan Trump adalah kemuncak lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Ke-45 negara itu, selepas 60 tahun Amerika Syarikat menjalinkan hubungan dua hala dengan satu daripada rakan strategiknya di Asia Tenggara itu. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARAWASHINGTON DC, Sept 12 -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak sharing a light moment with President Donald Trump after bilateral meeting at the White House today. The discussion with Trump was the highlight of Najib's Sept 11-13 working visit to the US at the invitation of the 45th US president following 60 years of bilateral relations between the United States and one of its strategic partners in Southeast Asia. --fotoBERNAMA (2017) COPYRIGHT RESERVED
Meskipun Najib Razak dalam ucapan perasmiannya di Perhimpunan Agung UMNO semalam menolak perisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, langkah itu sebenarnya langsung tidak memadai.
Juga tidak memadai ialah dengan sekadar menghantar nota bantahan ke Kedutaan Amerika oleh Pergerakan Pemuda UMNO yang diberitahu oleh Khairy Jamaluddin direstui sepenuhnya oleh Najib.
Turut tidak memadai ialah pengumuman Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO akan turut menghantar wakil daripada kalangan anggotanya yang tidak terlibat dalam PAU 2017 untuk menyertai demostrasi anjuran Pas di Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, hari ini.
Semua tindakan UMNO dan kerajaan itu terlalu kecil dan minima berbanding pengumuman Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang tentunya mengguris hati umat Islam di seluruh dunia.
Apa yang Najib, UMNO dan kerajaan harus lakukan ialah menggerakkan suatu demonstrasi besar-besaran di Kedutaan Amerika dan seterusnya membakar patung Trump sebagai tanda bantahan yang serius terhadap pengumuman berkaitan Baitulmaqdis itu.
Kalau patung orang lain boleh dibakar oleh UMNO dalam isu lain yang tidak menyentuh maruah agama Islam, apakah perbuatan Trump itu lebih kecil, remeh dan dianggap tidak penting?
Jika ianya benar-benar perkara besar, malah Najib sendiri yang sepatutnya membakar patung Trump, rakan baiknya itu.
Kemudian, Najib juga harus membatalkan segera pembelian pesawat Boeing yang diumumkannya di hadapan Trump sendiri ketika berkunjung ke Amerika, baru-baru ini.
Tiada gunanya lagi Malaysia meneruskan pembelian itu jika maruah Islam sendiri dicincang lumat oleh Trump melalui tindakannya yang angkuh, sombong dan tidak sensitif kepada maruah Islam itu.
Selainnya, Najib juga wajib menarik balik pengumuman bantuan untuk mengukuhkan ekonomi Amerika dengan menggunakan dana KWSP yang turut diumumkannya di hadapan Trump bersama pembelian pesawat Boeing itu.
Apa gunanya Najib membantu mengukuhkan ekonomi Amerika dengan nilai berbilion-bilion ringgit jika akhirnya dibalas dengan sikap kurang ajar oleh Trump yang menghina Islam?
Soalnya, beranikah Najib melakukannya?
Jika benar Malaysia bersama dengan perjuangan rakyat Palestine, itulah yang sebenarnya wajib Najib lakukan terhadap Trump dan Amerika Syarikat.

Tindakan lain tidak memberi makna apa-apa, malah menunjukkan Najib masih menganggap Trump itu kawan baiknya.

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.my

.