DATUK ADAM ROSLY DIPANGGIL KE SPRM LAGI

PUTRAJAYA – Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly sekali lagi dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Terdahulu, Adam hadir sekitar jam 2:30 petang dan dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM, untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Difahamkan, Adam berkemungkinan akan ditahan, selepas selesai disoal siasat.

– M’kini