DAPATKAH PERMOHONAN MAAF DR MAHATHIR BANTU PAKATAN TERUS MAJU?

PERMOHONAN maaf Dr Mahathir Mohamad atas segala perbuatannya ketika menjadi perdana menteri boleh dianggap sebagai rahmat untuk Pakatan Harapan (PH) dan menyelesaikan segala kebimbangan selama ini yang menyekat perkembangan gabungan itu – rekodnya sebagai seorang autokrat.

Penganalisis bebas Tan Ah Chai ia membolehkan PH menjual agenda reformasinya tanpa dibebankan dengan legasi Dr Mahathir – yang menyaksikan kebebasan institusi negara dirompak.

Sementara itu, aktivis PH menganggap permohonan maaf itu dilakukan dengan niat baik walaupun Dr Mahathir mengatakan adat orang Melayu minta maaf, dan ia bukan pengakuan salah.

Bagi mereka, minta maaf atau tidak, Dr Mahathir sudah membuktikan komitmennya kepada matlamat PH dengan membentuk parti politik dan menyertai sekutu untuk menewaskan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Permohonan maaf itu mewakili perpisahan dengan masa silamnya dalam Umno dan BN tanpa mengurangkan kedudukannya sebagai seseorang yang tahu bagaimana Umno bekerja dan oleh itu mampu mengakhiri hegemoni Umno,” kata Tan kepada The Malaysian Insight.

“Ia juga membantu melegakan perasaan generasi reformasi dan penyokong tegar Anwar Ibrahim yang masih sakit hati dengan Dr Mahathir kerana memenjarakan Anwar pada 1998  .”

Ia termasuk Adun Hung Klang Saari Sungib dan bekas veteran reformasi Badaruddin Ismail.

Kedua-dua berkata mereka memaafkan Dr Mahathir, di mana pentadbiran ketika itu menahan ramai aktivis pada 1998 kerana menyertai protes reformasi kerana membantah Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri, dipenjarakan.

Saari berkata walaupun Dr Mahathir tidak pernah meminta maaf atas kesalahannya, beliau serius dalam menjatuhkan BN.

“Beliau kritik Perdana Menteri Najib Razak. Beliau keluar Umno. Beliau jumpa Anwar dan tubuh parti baharu. Ia menyebabkan BN terjejas teruk,” kata Saari, yang kini pemimpin Amanah Selangor.

Terus bergerak

Dalam satu acara yang jarang berlaku semalam, Dr Mahathir yang digelar diktator kerana kekerasannya terhadap pembangkang ketika menjadi perdana menteri, memohon maaf atas kesalahannya pada masa lalu.

Dr Mahathir berkata beliau terbabit dalam politik sejak 1945, dan banyak membuat kesilapan.

Beliau berkata demikian atas kapasitinya sebagai pengerusi Bersatu, parti yang turut berada dalam gabungan pembangkang PH.

Katanya, keputusan untuk menyertai pembangkang dikritik hebat kerana beliau kini bekerja dengan beberapa individu yang pernah dipenjarakannya ketika menjadi perdana menteri.

Pemerhati turut mengkritik parti seperti PKR, DAP dan Amanah kerana bekerja dengan individu di mana dasar yang diperkenalkan mencemari kehakiman dan media dalam negara, serta mereka yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

Tetapi beberapa jam selepas memohon maaf, Dr Mahathir berkata adat orang Melayu untuk minta maaf, dan sama ada dia buat salah atau tidak, itu perkara yang lain.

Penganalisis berkata permohonan maaf itu akan membantu melonjakkan PH tentang sumbangan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017.
Penganalisis berkata permohonan maaf itu akan membantu melonjakkan PH tentang sumbangan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017.

Badaruddin, yang pernah menjadi tahanan ISA, menerima permohonan maaf Dr Mahathir.

“Ini bukan drama. Dia sudah minta maaf. Apa yang perdana menteri sekarang buat lebih teruk berbanding Dr Mahathir ketika dulu. Sekarang rakyat terpaksa catu makanan. Mereka perlu kerja untuk dapatkan makanan semalam. Rakyat tidak mampu bayar bil.

“Lebih pun, selepas memaafkan dia, anda lebih tenang. Sebagai manusia, saya maafkan dia kerana menahan saya di bawah ISA,” kata Badaruddin.

Tan berkata permohonan maaf itu akan membantu melonjakkan PH tentang sumbangan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

PH kemudian boleh bercakap tentang sumbangan Dr Mahathir kepada negara tanpa perasaan bimbang, seolah-olah segala kesilapan lalu beliau sudah terhapus.

“Kerana Dr Mahathir sudah pun minta maaf atas kesalahan itu.”

Tan berkata permohonan maaf itu juga mengukuhkan lagi tindakan menjadikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri peralihan.

PH pada masa ini mempertimbangkan idea menjadikan Dr Mahathir perdana menteri sementara jika ia berjaya menawan Putrajaya pada PRU14.

Bagaimanapun, idea itu tidak diterima baik oleh PKR yang menetapkan tiga syarat untuk dipenuhi oleh Dr Mahathir iaitu – Anwar jadi perdana menteri dalam tempoh setahun selepas PH menang PRU14, PKR dapat banyak kerusi persekutuan di semenanjung Malaysia dan perubahan institusi perlu dilaksanakan.

– https://www.themalaysianinsight.com

.