DAP TOLAK PENYELESAIAN IKUT ISLAM – NIK ABDUH

KUALA LUMPUR  – Pas menyifatkan DAP berani menolak dan menentang kehendak umat Islam untuk mencari penyelesaian berpandukan kepada ajaran Islam termasuk dalam urusan pentadbiran negara.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sikap parti itu merupakan satu tindakan permusuhan yang nyata terhadap Allah dan Islam.

“Jika anda bertanya, mengapa Pas menolak DAP dan mereka yang bersamanya, maka jawapannya adalah selaras dengan apa yang dijelaskan di atas. DAP menolak penyelesaian agama untuk negara.

“Bukan hanya untuk negara, DAP berani menolak dan menentang kehendak umat Islam untuk berubat dan mencari penyelesaian dengan agama Islam (dianuti) mereka sendiri. Ia adalah permusuhan yang nyata terhadap Allah dan agama-Nya. Justeru, Pas mengingatkan rakyat Malaysia agar menolak penyelesaian cara DAP,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

– UTUSAN ONLINE

.