DAP TAK JEMPUT MAHATHIR KE SIDANG KEBANGSAAN

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dijemput ke persidangan kebangsaan DAP yang dijadualkan pada 4 Disember ini, kata setiausaha penganjur parti Anthony Loke.

Beliau menjelaskan ini adalah kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Tidak … Jemputan kami hanya kepada PKR dan Parti Amanah Negara,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Loke berkata tradisi parti itu adalah hanya menjemput pemimpin pembangkang di peringkat persekutuan.

Mahathir adalah pengerusi BERSATU.

MKINI

.