DAP: PAKATAN HARUS KERJASAMA RAMPAS PUTRAJAYA

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"91932876-9514-4299-80B7-1053B61C6CB9_1476936849816","width":2141,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":1398,"subsource":"done_button","total_editor_time":288,"brushes_used":0}

SHAH ALAM – Semua parti pembangkang harus saling bekerjasama untuk merealisasikan impian untuk mengambil Putrajaya dari kerajaan BN.

Menurut Naib Pengerusi DAP,  M.Kulasegaran, semua ahli Parlimen pembangkang harus turun padang dan menolong kawasan ahli lain untuk bantu meraih undi.

“Dengan isu persempadanan semula ini, saya merasakan semua ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) harus membantu ahli di kawasan masing-masing untuk meraih undi.

“Selain itu, kita juga harus bekerjasama cari jalan bagaimana untuk menang di kawasan tersebut serta mendapatkan undian dari luar bandar.

“Perjuangan ini bukan untuk diri sendiri tetapi demi parti,” katanya dalam konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Di samping itu, beliau juga turut menekankan pentingnya satu lawan satu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

“Untuk PRU14, macam mana pun kita mesti mahu satu lawan satu kerana sekiranya pertembungan tiga penjuru terjadi, BN tidak perlu kempen pun.

“Saya tahu bahawa perkara ini tidak senang, bukan sahaja kita perlu menang hati rakyat tapi kita juga perlu menang kerusi untuk ambil Putrajaya,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, kini Pakatan Harapan perlu bergerak ke hadapan dan bekerjasama untuk memastikan mereka dapat mengalahkan BN pada PRU14 nanti.

“Kegagalan untuk bekerjasama buatkan kita gagal untuk mengambil Putrajaya,”  katanya mengakhiri bicara.

SINAR HARIAN

.