DAP HANYA TAHU MELALUI MEDIA

MELAKA – Tiga anggota Adun dan seorang anggota Parlimen daripada DAP bertindak keluar parti hari ini.

Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew berkata perletakkan jawatan itu hanya diketahui DAP Melaka menerusi media dan pihaknya masih tidak mendapat sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara itu.

Anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP pusat Liew Chin Tong berkata perletakkan jawatan itu mungkin disebabkan tidak puas hati kerana kekalahan mereka pada pemilihan parti itu di negeri ini pada Disember 2015.

Mereka yang bertindak keluar parti ialah tiga Adun iaitu Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong (Kesidang), Goh Leong San (Duyong); dan seorang anggota Parlimen Sim Tong Him (Kota Melaka).

– Sinar Harian

.