DAP BERGOLAK: PENGUNDI CINA BERALIH ARAH

PULAU PINANG – Pergolakan yang berlaku dalam politik DAP diyakini menyaksikan peralihan sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, tindakan keluar parti empat pemimpin DAP dari Melaka menunjukkan dengan jelas masalah dalaman sejak sekian lama yang menyebabkan pengundinya beralih arah.

Beliau berkata, kaum Cina di negara ini perlu menyemak semula dan kembali memberikan sokongan kepada BN bagi membolehkan pelbagai agenda pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.

“Ini bagi memastikan sokongan kepada satu parti (DAP) yang berlaku selama ini dapat diubah dan aktiviti salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan mereka dapat dielakkan.
“Kita berharap pengundi Cina dapat memberikan sokongan padu kepada MCA dan BN menghadapi PRU-14 selain menggalakkan usaha Kerajaan Pusat membangunkan tahap ekonomi negara bersama negara ASEAN dan Eropah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA negeri di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

.