DAP: AMARAN SPRM SIA-SIA JIKA TAK DITUJU PADA MO1

Amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad kepada ahli politik yang rasuah tidak memberi sebarang makna, jika tidak ditujukan kepada “Malaysian Official 1” (MO1), kata DAP.

Ketua anggota parlimennya Lim Kit Siang membangkitkan persoalan kewibawaan badan itu setelah mendakwa ia setakat ini hanya memberkas “ikan bilis”, manakala “jerung”, “harimau” dan “buaya” terlepas.

Ini, katanya, tidak seperti di negara-negara seperti China dan Indonesia.

Dzulkifli dalam temu bual malam dengan sebuah stesen TV malam tadi memberi amaran tidak akan melepaskan ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai GLC yang korup.

Menurut Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkata, wang berpunca daripada 1MDB berjumlah AS$731 juta telah mengalir ke dalam kantung MO1, pegawai tinggi dalam kerajaan Malaysia.
Seorang menteri kabinet mengesahkan MO1 sebagai Datuk Seri Najib Razak tetapi menafikan perdana menteri terlibat dalam siasatan DOJ untuk mendapatkan semula AS$1 bilion yang berpunca daripada 1MDB.

Najib menafikan menyala guna dana awam untuk tujuan peribadi dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

– M’kini

.