DALAM GAH NAK KUKUHKAN EKONOMI AMERIKA, JAGA KEDAI RUNCIT PUN TAK BERDAYA!

Boleh kita ketawa dulu…kah, kah, kah…

Ini betul-betul lawak antarabangsa yang pasti akan membuatkan sesiapa pun tak mampu menahan ketawa.

Kedai runcit 1Malaysia yang dulunya diilhamkan untuk menjual barang keperluan seharian dengan harga rendah bagi menangani kenaikan kos sara hidup rakyat dilaporkan telah ditutup buat sementara waktu.

Walaupun ditutup buat sementara waktu, tiada tempoh masa dinyatakan ia akan dibuka semula.

Kesian rakyat jelata, sudahlah hari-hari kena cekik dengan GST, kedai menjual barang keperluan seharian dengan harga murah yang pembukaannya dirasmikan sendiri oleh Najib, terpaksa pula ditutup menjelang pilihanraya.

Berita ini tentunya amat menggelikan hati kerana ia muncul tidak berapa lama selepas Najib Razak berkunjung ke Amerika dengan tawaran mahu membantu mengukuhkan ekonomi negara tersebut.

Bagaimana dalam kita nak membantu Amerika, hakikatnya nak menguruskan kedai runcit pun kita tak upaya?

Tak ke kelakar namanya!!

Kalau Donald Trump terbaca berita ini, mahu berguling-guling beliau ketawa dan rambutnya yang perang juga akan segera bertukar hitam warnanya.

Kah, kah, kah….

Kenapa setelah Mydin menarik diri, kerajaan begitu lembab mencari pengganti untuk menguruskan kedai runcit 1Malaysia?

Jika berkaitan 1MDB, begitu cepat tindakannya dan ribu-ribu juta sedia dihulurkan, malah bayaran sebanyak dua kali kepada IPIC pun sanggup dilakukan, mengapa untuk membantu kedai runcit 1Malaysia seolah-olah tak berdaya?

Kiranya kerajaan tidak cukup wang, apa salahnya Najib sekali lagi minta tolong dengan negara China?

-http://shahbudindotcom.blogspot.my

.