DALAM DUNIA UMNO, ‘KLEPTOKRASI TERBURUK’ TAK PERNAH BERLAKU

PEGUAM Negara Amerika Syarikat (AS) mungkin menggambarkan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai “kleptokrasi terburuk”, namun di dalam dunia pemimpin parti pemerintah Melayu Umno, ia adalah fitnah yang tidak berasas.

Para pemimpin dan ahli akar umbi yang ditemui The Malaysian Insight di Perhimpunan Agung Umno (PAU) hari ini mempersoalkan apakah pihak berkuasa AS benar-benar mempunyai bukti mengatakan AS$ 4.5 bilion dana dari firma negara telah digubah melalui urus niaga kompleks dari syarikat-syarikat palsu dan digunakan untuk membeli aset seperti hartanah mewah dan karya seni.

Aktivis-aktivis akar umbi bahagian Umno berkata, walaupun skandal 1MDB telah menarik perhatian antarabangsa, ia hanya akan memberi sedikit kesan kepada Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beberapa menteri Kabinet Umno seperti Johari Ghani, Azalina Othman Said, Asyraf Wajdi Dusuki enggan mengulas tentang tuduhan Peguam Negara AS, Jeff Sessions pada hari Isnin.

Yang lain seperti Ahli Majlis Tertinggi Umno Idris Haron mendakwa bahawa Jabatan Kehakiman (D0J) AS yang menyiasat 1MBD telah dimanipulasi oleh “pihak yang tidak bertanggungjawab di Malaysia”.

Idris yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka berkata, lawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak ke White House pada bulan September membuktikan beliau tidak ada kaitan dengan tuduhan itu.

“DoJ tak konsisten. Apabila Perdana Menteri pergi ke AS, tiada tindakan undang-undang diambil terhadap beliau. Jadi, ia tidak seperti apa yang mereka katakan sebelum ini (mengatakan Najib terlibat).”

Lawatan Najib itu termasuk pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump di mana beliau berjanji syarikat-syarikat Malaysia akan melabur dalam ekonomi AS.

Pada julai 2016, DoJ mendakwa AS$ 731 juta wang yang diseleweng dari 1MBD dimasukkan ke dalam akaun Malaysian Official Number One (MO1). Menteri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bahawa Najib adalah MO1.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan komen Session itu fitnah.

“Bagi saya ini semua fitnah, tiada bukti. Mengapa hingga sekarang tiada tindakan? Tiada siapa dibawa ke mahkamah atas dakwaan itu,” kata beliau yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan.

Menteri Besar Johor Khaled Nordin berkata sekiranya ada bukti, AS harus mendakwa mereka yang dituduh mencuri wang dari 1MBD.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman pula berkata perdana menteri sudah berulang kali menjelaskan bahawa tuduhan DoJ itu tidak benar.

“Kerajaan sendiri dah jelaskan sebelum ini. Jadi susah kalau mereka hanya menuduh tetapi tak mahu dengar penjelasan kita.”

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak ada masalah dalam 1MBD.

“1MDB bukan satu masalah dan tiada masalah. Jika ada masalah, masalahnya adalah individu tertentu dalam 1MBD, bukan perdana menteri.”

Pada persidnagan Global Forum on Asset Recovery, Sessions menggelar skandal 1MDB sebagai “kleptokrasi terburuk.”

DoJ mendakwa AS$ 4.5 bilion dipercayai telah diseleweng dari 1MDB sejak ia ditubuhkan pada 2009. Kebanyakan wang itu digunakan untuk membeli hartanah mewah, hotel, karya seni dan barang kemas.

Dicetuskan oleh Najib, 1MDB yang ditubuhkan untuk melabur dalam industri strategik seperti penjanaan kuasa dan pembangunan hartanah, kini berada disiasat atas pengubahan wang haram dan penipuan di enam negara.

Peguam Negara Mohd Apandi Ali telah membersihkan nama Najib dari sebarang salah laku. Siasatan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga tidak menemui bukti ketidakpatuhan di firma negara itu.

Bagaimanapun, Apandi baru-baru ini telah meminta polis menyerahkan semula kertas siasatan ke atas 1MDB kepadanya, kerana ketiadaan bukti.

Ahli-ahli akar umbi Umno juga menolak dakwaan DoJ, dan berkata ia bukan isu besar di kalangan pengundi golongan tua di luar bandar yang membentuk sokongan teras Umno.

“Kami sudah siasat sendiri tentang 1MDB dan tiada bukti,” kata perwakilan Umno Bagan Wanita, Rozi Ishak.

“Jadi, DoJ tak boleh sekadar menuduh. Tiada bukti bahawa sebarang jenayah dilakukan.”

Mohd Fazly Zainuddin dari Umno Kuala Lumpur berkata 1MDB adalah isu yang dimanipulasi pembangkang untuk merosakkan nama perdana menteri dan presiden parti.

Mohd Iruan Zulkefli dari Umno Lenggong yakin ia tidak akan memberi kesan pada pilihan raya umum akan datang.

“Orang cuma risau tentang harga makanan dan sama ada mereka boleh berianak-anak mereka makan. Benda macam ni terlalu sukar bagi mereka untuk memahami.”

– https://www.themalaysianinsight.com

.