‘DAKWAAN SAYA GUNA DUIT MARA ITU FITNAH’

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menafikan penglibatan langsung beliau dalam rundingan pembelian pakej komersil Pelaburan Mara Berhad (PMB), dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan The Red Warrior (TRW).

“Dakwaan saya paksa guna duit dana pendidikan untuk bantu pasukan bola Kelantan, itu fitnah totok,”katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Mara, hari ini.

Annuar hadir ke ibu pejabat Mara setelah dipanggil oleh Audit Dalaman Mara, untuk memberi keterangan berhubung beberapa isu berkaitan agensi berkenaan.
“Kita buat sebagai deal bisnes. Keputusan menaja tidak melibatkan saya, ia dibuat secara pentadbiran dan tidak ditunjukkan kepada saya.

“Saya tak nak salahkan sesiapa sebab ramai orang tidak faham proses tersebut,” katanya.

– SH