CLARE REWCASTLE-BROWN, DURI DALAM DAGING PUTRAJAYA

CLARE Rewcastle-Brown bukan asing lagi bagi jutaan rakyat Malaysia yang selama tujuh tahun mengikuti perkembangan editor Sarawak Report itu membuat pendedahan dan dakwaan rasuah serta salah laku pemimpin negara ini.

Pertelingkahan Rewcastle-Brown dengan ahli-ahli politik dan pihak berkuasa Malaysia juga bukanlah perkara baru, dan yang terkini ialah saman fitnah yang difailkan terhadapnya oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Ogos tahun lalu, Rewcastle-Brown telah menyiarkan artikel yang mendakwa Hadi menerima RM90 juta dari Perdana Menteri Najib Razak sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN).

April tahun ini, Hadi bertindak menyaman editor Sarawak Report itu di United Kingdom (UK). Dalam tuntutan balas yang difailkan pada 11 Oktober, Rewcastle-Brown menamakan peguam dan aktivis terkenal Ambiga Sreenevasan sebagai sumber maklumatnya.

Beberapa hari selepas itu, pihak berkuasa Malaysia berkata mereka menyiasat Ambiga kerana mendatangkan khianat awam, dan Rewcastle-Brown berkata dia hanya menghormati sistem keadilan British.

“Saya hanya mengikuti prosedur sebaik yang mungkin dan tidak akan bercakap mengenainya di luar mahakamah,” katanya dalam temuramah bersama The Malaysian Insight baru-baru ini.

“Saya tidak boleh bercakap tentang perkara ini kerana ia menghina mahkamah. Hadi membawa kes ini ke mahkamah dan dia berhak untuk perkara ini diuruskan di mahkamah.”

Rewcastle-Brown bersikap berhati-hati dan tidak akan mengulas tentang kenyataan Ambiga mengatakan tindakan polis terhadapnya adalah satu bentuk gangguan.

Rewcstle-Brown sendiri menjadi mangsa gangguan dan intimidasi.

Pada Julai 2015, beliau membuat laporan polis di UK, mendakwa diganggu “kumpulan penghendap”  selepas menyiarkan laporan tentang bagaimana AS$700 dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Malaysia juga mengeluarkan waran untuk menangkap Rewcastle-Brown dan cuba meletakkannya dalam notis merah Interpol atas dakwaan menjalankan “aktiviti yang menjejaskan demokrasi Parlimen”.

Semuanya adalah kerana “tanggungjawab moral untuk bersuara” terhadap kemusanahan hutan hujan Borneo apabila Rewcatsle-Brown memulakan blog Sarawak Report pada 2010 dan dia tak pedulu jika blognya hanya dilawat dua pembaca.

Sebaliknya, lima tahun selepas itu dia dapati dirinya terlibat dengan satu kes kleptokrasi terbesar di dunia, yang turut menerima saman sivil dan jenayah dari Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan semula aset-aset yang didakwa dibeli dengan dana yang dicuri dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saman-saman DoJ itu disasarkan kepada keluarga Najib dan sekutunya.

Dalam temubual Rewcastle-Brown bersama The Malaysian Insight, yang digelar sebagai “pemberi maklumat secara tak sengaja” oleh Time, dia berkongsi pemikirannya mengenai bagaimana 1MDB bukan hanya jenayah Malaysia, serta keazamannya untuk melihat penjenayahnya ditangkap.

TMI: Apa yang membuatkan anda menyiarkan tentang 1MDB?

CRB: Sebagai wartawan, anda kejar cerita. Saya tahu skandal 1MDB ini kepentingan awam yang besar. Ia cerita yang sangat penting.

Salah satu perkara yang betul-betul mencengkam saya ialah bila saya dapat maklumat awal iaitu ia melibatkan satu daripada bank swasta terkemuka (Coutts).

Saya sedar yang ia menggambarkan bagaimana sistem kewangan antarabangsa dan ramai profesional Barat terlibat dalam perlakuan rasuah di tempat-tempat seperti di Sarawak. Dan ia amat menyedihkan kerana ia wujud dalam kerajaan Malaysia.

Saya nampak corak yang sama dengan 1MDB. Fail mahkamah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan DoJ ada maklumatnya.

Satu kajian kes sempurna mengenai bagaimana sistem luar pesisir amat mudah digunakan bagi membolehkan hasil haram dilabur semula ke AS, UK dan negara lain di mana wang itu tidak sepatutnya disalurkan.

Ini duit Malaysia dan harus dilaburkan semula untuk menjasikan kehidupan rakyat Malaysia lebih baik.

Kali terakhir Rewcastle-Brown berada di Malaysia ialah pada Julai 2015, menemuramah Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight, 14 November, 2017.
Kali terakhir Rewcastle-Brown berada di Malaysia ialah pada Julai 2015, menemuramah Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight, 14 November, 2017.

TMI: Ini jelas penyusutan wang. Tapi anda lakukannya. Mengapa?

CRB: Saya sudah bertahun-tahun menjadi wartawan. Setiap wartawan mahu lepaskan cerita yang mereka rasakan penting.

Apabila anda habiskan masa selama bertahun-tahun membuat cerita biasa-biasa saja, dan tiba-tiba anda mendapat cerita yang penting bagi kehidupan ramai orang, tanggungjawab dan komitmen itu datang.

TMI: Bila kali terakhir anda berada di Malaysia?

CRB: Kali terakhir saya di Malaysia ialah bila saya menemuramah Dr Mahathir (Mohamad) iaitu Januari 2015.

Saya tak pasti saya dibenarkan masuk. Saya tahu saya diharamkan di Sarawak. Saya diberi amaran ia juga akan diperluaskan di seluruh Malaysia juga. Saya agak bimbang ketika itu.

Saya buat perjalannan sehari ke KL kerana saya berjaya membuat temuramah itu. Dr Mahathir mahu ke Sarawak. Saya ke Putrajaya dan terus ke lapangan terbang dan pulang.

Semenjak itu, bebrpaa minggu kemudian saya siarkan tentang 1MDB dan tidak pernah ke sana semula.

TMI: Anda dilahirkan di Sarawak tetpai tinggalkannya ketika kanak-kanak. Jadi, mengapa ia masih menarik minat anda?

CRB: Ia dekat di hati saya. Saya ada kenangan yang indah. Dibesarkan dengan alam semulajadi seperti itu, dan kami sama-sama ke sekolah. Jadi, saya sayangkan alam semula jadi. Saya ada kenangan indah tinggal di Sabah, selepas itu.

Dan apabila memikirkan alam semulajadi dimusnahkan dan digantikan dengan monokultur terbesar di dunia (kelapa sawit) yang musnahkan semua. Saya masih ingat, dan bimbangkan perkara ini. Pada 1980-an di sini di UK, kebakaran di Borneo dipaparkan di televisyen. Saya belajar di universiti ketika itu, masih ingat saya terkejut.

Walaupun saya terpaksa bekerja dan untuk kembali ke Sarawak memakan kos yang tinggi, kehidupan saya sebagai wartwan yang sibuk dan tidak berpeluang ke sana semula untuk masa yang lama. Tetapi saya sangat bimbang tentang isu itu sepanjang hidup saya.

TMI: Apakah langkah anda yang seterusnya dan apakah rasional anda?

CRB: Boleh saya beritahu? Ini rasional saya. Saya tidak dibayar oleh pemimpin pembangkang untuk buat apa yang saya buat atau dari sesiapa, selain dari bayaran langganan dan sumbangan yang saya terima.

Ada di antara mereka bermurah hati dan ada yang beri saya AS$100 (RM430) sebulan. Itu membuatkan laman web saya terus berjalan. Tetapi ramai yang membayar saya RM10 sebulan. Itu sangat membantu. Saya tidak dibayar berjuta dolar oleh orang kaya.

TMI: Kes mahkamah ini menganggu sedangkan anda boleh buat perkara lain bukan?

CRB: Kes mahkamah ini separuh ayat yang saya tulis tentang PAS. Kini saya terpaksa menumpukan perhatian lebih jauh mengenainya. Saya kini lebih tahu tentang PAS berbanding dulu. Ada banyak dalam dokumen pembelaan saya.

– https://www.themalaysianinsight.com

.