CLARE BROWN SEMBUNYIKAN MAKLUMAT SEBENAR 1MDB?

KUALA LUMPUR – Pe­ng­asas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown didakwa menyembunyikan mak­lumat yang bo­leh membersih­kan re­putasi 1Malaysia Develop­ment Berhad (1MDB).
Penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, Brown juga tahu tentang apa yang berlaku terhadap dana 1MDB yang kononnya ‘hilang’ itu.

Menurut beliau, Brown mempunyai hubu­ngan dengan individu-individu yang terlibat dalam konspirasi untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

“Beliau turut berkonspirasi dengan media dan sekumpulan ahli perniagaan dari Asia Barat untuk menyembunyikan bukti daripada Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa di London.

“Bukti tersebut akan membersihkan nama 1MDB daripada sebarang tuduhan salah laku,” katanya melalui portal Malaysia Today, http://www.malaysia-today.net hari ini.

Raja Petra memberitahu, Peguam Ne­gara Amerika Sya­rikat (AS), Loretta Lnych turut melakukan perkara serupa dalam kes saman si­vil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) terhadap tiga individu yang dikaitkan dengan isu 1MDB.

Beliau menambah, Lynch berpakat dengan sekumpulan pengkhianat dari Malaysia dan Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) untuk me­nyembunyikan bukti yang boleh membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

– UTUSAN

.