CHEF WAN: DULU FELDA, SEKARANG ‘FAILED DAH’

Skandal Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) turut mengusik hati chef selebriti Chef Wan.

Chef Wan yang nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menyatakan rasa berangnya itu di Instagram beliau dengan tulisan pedas: “Dulu, felda. Now, failed dah.”

Dalam kapsyen, beliau yang juga anak peneroka itu, berkata keluarga-keluarga Felda yang berjuang bertahun-tahun pasti geram dan sakit hati melihat tahap dicapai Felda sekarang ini.

“Tak rasakan kamu kami berhak geram dan rasa dikhianati?” katanya.

“Semua kepercayaan semuanya habis hanyut ke laut dan jangan datang beritahu saya, saya tiada hak berasa marah dan tertekan lihat segala pengorbanan arwah ayah, malah saya sendiri waktu remaja ketika membesar di Felda.”

Chef Wan juga menyelar “penyamun-penyamun” yang patut dibawa ke muka pengadilan dan dihukum bagi menyelamatkan imej negara yang sangat memalukan.

Felda kini terpalit skandal terbaru melibatkan kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

– M’kini

.