CHEF MALAYSIA DINOBAT RATU CANTIK TRANSEKSUAL AUSTRALIA

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia dinobatkan gelaran Ratu Cantik Transeksual Australia 2017 menerusi pertandingan yang diadakan di Melbourne, Sabtu.

Laetivia Phylliscia Raveena yang juga seorang chef menerima baucar hadiah bernilai AS$15,000 (RM66,450) daripada Hospital Kosmetik Kamol Bangkok.

Beliau adalah lulusan diploma sekolah kulinari Le Cordon Bleu.

“Tahniah kepada wakil transeksual Malaysia, Laeticia Phylliscia Raveena kerana memenangi pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia. Dia sememangnya layak bergelar ratu,” kata aktivis transgender, Nisha Ayub menerusi Facebooknya pada Ahad.
Pertandingan tahunan ini bermula pada 2009 adalah yang terbesar di Australia melibatkan komunikti transeksual dan transgender.

– ANN

.