CERITA JACKIE CHAN ‘DIPAKSA’ BERKAHWIN

Pelakon aksi terkenal Hong Kong, Jackie Chan, 63 mendedahkan dia dipaksa untuk berkahwin dengan isterinya, Joan Lin, 35 tahun lalu selepas wanita itu hamil pada tahun 1982.

Pendedahan berterus terang oleh Jackie itu dilakukan dalam satu temu bual pada tahun 2015, tetapi timbul semula baru-baru ini.

Aktor itu membuat kenyataan berani termasuk fakta bahawa dia memiliki ramai teman wanita ketika muda dan percintaannya dengan Joan Lin berakhir sejak lama dahulu.

“Ia adalah satu insiden untuk mengandungkan Jaycee (anak pertama). Saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin, tetapi saya merasakan ia adalah serupa dengan dipaksa untuk berkahwin,” akui Jackie.

Jackie, yang terkenal filem-filem seperti Shanghai Noon, Rush Hour dan Karate Kid mengaku bahawa dia berkahwin dengan Joan Lin demi masa depan anak itu.

Jackie berkahwin dengan Lin Feng-jiao atau Joan Lin, seorang pelakon Taiwan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jaycee Chan pada 1982.

Pengarah terkenal itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Etta Ng, hasil hubungan sulit dengan Ratu Cantik Asia, Elaine Ng.

Baru-baru, kehidupannya sekali lagi dilanda kontroversi apabila Etta Ng melaporkan kepada polis ugutan jenayah yang dilakukan ibunya.

– M’kini