Cara kita ber-Islam

Jika kita hendak menentang barbarism atau kebuasan, kekejaman, kezaliman , kita mesti menolak segala bentuk pemikiran melampau- bukan sahaja yang dibawa oleh pemimpin2 dalam PAS tapi oleh badan2 sayap-kanan Islam yang lain. Budaya melampau itu terlalu asing dengan budaya kesantunan orang Melayu.

Kita tidak boleh hanya menepis asakan mereka dengan cara sambil lewa. Ucapan dan ceramah mereka bukan jenaka lagi. Setiap pandangan mereka mesti di serangbalas dengan penghujjahan. Sebahagian pula dengan tindakan undang2 yang tegas supaya menanam rasa takut kepada Tuhan dalam hati mereka.

Jika seorang paderi menghina Islam melalui ucapan nya, kita ambil tindakan. Bahkan umat Islam melalui jurubicara ustaz darah muda akan berteriak mahu penggal kepala kafir laknatullah.

Prinsip sama dipakai dalam kalangan kita. Jika seorang pendakwah mempersenda agama lain yang boleh menimbulkan permusuhan, kita jelkan pendakwah tersebut. Inilah nama nya penegakan keadilan. Jika ada orang kafirkan seorang Muslim yang lain, kita jelkan dia. Biar dia duduk dalam jel beberapa hari, bersuluklah 24 jam. Kalau mufti mengeluarkan kenyataan yang manghasut dan boleh menimbulkan permusuhan, kita jel mufti tersebut sebab mufti bukan nya maksum. Tuan mufti bukan lembu kudus.

Kerana, hari ini dia kafirkan kita, esok dia halalkan darah kita. Hari ini dia komen tentang pakaian, esok dia cabul perempuan kita. Inilah dianya perkembangan lojikal dari kenyataan2 gila yang datang dari ustaz2 yang gila kuasa. Kuasa, kaya dan seks.

Jangan kita buat silap dan biarkan muntahan kata2 tak guna sesen pun dari mulut mereka.

Jangan kita biarkan pandangan peribadi yang sempit dan konservatif ustaz2 yang ada masaalah ber-initeraksi secara manusa biasa, meletakkan kekangan ketas minda bangsa Melayu. Jika kita terima tanpa berfikir, kita meletakkan diri kita dalam mentaliti kepungan- siege mentality, melihat segala musuh disegala sudut sedang menanti untuk membaham kita. Jangan kita biarkan mullah2 gila ini mengugut minda kita. Jangan kita membiarkan diri kita jadi tukang lawan jembalang2 peribadi ustaz2 sewel.
Masa zaman kanak2 dan remaja, mereka ada masaalah puberty kah?

2

Ada dari kalangan ustaz berfikir macam komisar komunis- yakni semua mengenai Islam boleh diatur dengan sempurna oleh satu sahaja sekolah pemikiran- yakni sekolah pemikiran PAS. Sedangkan, reality nya, sejak zaman dahulu lagi, semenjak Islam datang ke bumi Melayu, Islam itu dikembangkan secara tidak terancang pun, dan secara spontan. Itu kerana Islam berkembang mengikut penerimaan tanpa paksa dan tanpa arahan dari pusat; Ia berkembang melalui diri individu2, kemudian melalui rangkaian individu secara sukarela. Takde pun cara jerit sana sini, maki dan hamun, syarahan api dan batubara. Tanpa arahan dari pusat pun, Islam berkembang keseluruh dunia Melayu, tanpa arahan dari tanpa satu sekolah pengajian.

Ribuan sekolah pondok secara spontan mengembangkan Islam. Malam hari disurau surau ada kelas asuhan dan didikan Islam. Hari ini PAS sebagai contoh bukan kembangkan Islam- tapi kembangkan satu sekolah pengajian dan fahaman keganasan. Sesiapa bukan ikut kita bukan dari jemaah kita. Idea bahawa masa depan Islam bergantung kepada kita seorang sahaja, memecahbelahkan umat Islam dalam negara ini.
Bukanlah mereka sahaja yang ada monopoli mengembang Islam dan bukanlah hanya pandangan sekolah pengajian mereka sahaja yang sahih. Idea bahawa sebuah parti politik memonopoli Islam adalah idea yang sangat berlawanan dengan piagam manusia yang merdeka.

Saya bercakap begini sebab saya tersangat khuatir masyarakat kita membiar seorang ustaz mulut celupar yang mengkafirkan seorang individu lain yang juga mengucap dua kalimah syahadah. Atas otoriti apa dia mengkafirkan orang lain hanya semata mata orang lain tidak menyetujui RUU355? Keceluparan nya hanya mencerminkan kepincangan pengasuhan dan didikan peribadinya sahaja.
3.
Setiap Muslim dalam negara kita boleh berkata seperti Haji Hadi kata- hanya Islam yang boleh memerintah. Cakap mudahlah dan ianya memuaskan nafsu mimpi basah. Sila tunjuk contoh? Pakistan? Afghanisatan? Mesir? Negara2 Arab?

Orang2 Arab pelarian menjumpai ruang terbaik dan terselamat untuk mengamalkan Islam secara aman dan merdeka di negara kafir. Dalam negara sendiri, pemerintahan Islamik mereka dicirikan dengan keganasan, kebuasan, penindasan, kekotoran, pengurusan tidak cekap, rasuah, bodoh dan sebagainya.

Semua negara ini kucar kacir. Mengenai mereka itu miskin, tidak perlu kita huraikan lagi. Kanak2 tidak terjaga dan wanita jadi komoditi murahan. Pendek kata, hanya kemuraman yang terpancar dari negara Islam.

Berdepanlah dengan kenyataan. Fakta nya, yang menggelarkan diri mereka ustaz, ulamak, mullah, tidak tahu mengurus negara. Jika mereka tidak ada himpunan kemahiran atau skillsets mentadbir dan secular minded, mereka tidak akan tahu mentadbir negeri atau negara.

Jangan kita memperdayakan diri kita sendiri dan jangan kita biarkan penjual minyak 1001 keajaiban memperdayakan diri kita semua. Dunia ini ialah secara definisi nya suatu yang secular- ianya memerlukan skillsets secular untuk mengurusnya. Kita ada skillsets spriritual- bagaimana kita hendak mentadbir2 hal2 dunia tanpa menkompromi ilmu kita?

Haji Hadi sendiri semasa memerintah Terengganu telah menunjukkan kepada kita, bagaimana Islam memerintah Terengganu. Ranap negeri Terengganu dan akibatnya, PAS memerintah hanya satu penggal. Adakah penolakan rakyat Terengganu akan kerajaan PAS menandakan mereka telah kufur? Mereka hanya memolak kelembapan dan incompetence Haji Hadi.

Sebetulnya, kebenaran atau realiti bukanlah seperti bukak dan tutup atau hitam dan putih. Ber-slogan dan bertempek sana sini memang senang, sebaik sahaja memegang pedati pemerintahan, kebenaran lain sekali. Dan jika rekod ustaz Hadi semasa menjadi pemerintah Terengganu adalah suatu ukuran, maka rakyat Malaysia patut berkata, terima kasih ustaz, kami tidak mahu enta memerintah Malaysia.

Apa yang sudah jadi kepada penjagaan Islam dalam negara kita? Hari ini orang berebut mahu menguasai agama untuk menjadikan ianya suatu alat membuas keatas orang lain. Orang gila mahu menguasai agama dan menjadikan nya a repressive tool.

Ini suatu yang sangat tidak adil. Kerana kepada orang Melayu, walau betapa pelesit sekali pun, dia tetap meletakkan agama itu diparas tinggi dalam dunia nya yang peribadi. Orang lain tidak ada hak dictate bagaimana dia menyantuni agama. Pemerintah tidak ganti individu menentukan Islam dirinya.
Dan pada peringkat yang lain, ada golongan guna agama untuk dapat kekayaan, dapat perempuaan, menjalankan pembohongan.

Sebagai contoh, jangan sekali kali terpedaya dengan lakukan sebahagian besar pemimpin UMNO. Siang hari berperibadi ustaz, bila senja tiba, jadi setan dan iblis, dunia ana yang ampunya. Atau seperti kata seorang saudara saya, di Malaysia, astaghfirullah. Tiba Jakarta- asta….asta..la vista bebe.

Apa yang terjadi kepada Islam negara kita hari ini bukanlah lansung seperti pertembungan kaum tua dan kaum muda suatu ketka dahulu. Perbalahan berlaku- tapi tidaklah sampai menghasilkan pengeluaran fatwa mengkafirkan orang lain yang akhirnya membawa kepada menghalalkan pertumpahan darah sesama pengucap dua kalimah shayahadah.

Saya amat benci kepada idea suatu kumpulan menganugerahkan keatas diri mereka kesempurnaan ilmu Allah yang membolehkan mereka menolak pandangan yang berbeza sambil menegaskan pandangan mereka itu maha sempurna. Tidak ada tempat dalam negara kita untuk keangkuhan dan ekstremisme seperti ini. Golongan ini lupa, mereka golongan yang dilaknati Allah. lihat Al Quran 87-88.
Dan kerajaan Najib? Kerajaan Najib memang bacul dari segi kerohanian dan intelektual. Perkara kafir mengkafir ini sudah lama patutnya dijadikan suatu kesalahan undang2 jenayah dan pengkafir patut disumbat dalam jel.

Negara kita akan aman daripada ustaz2 sewel yang celupar mulut meggunakan agama sebagai alat menebus kembali kegagalan2 peribadi masa lampau mereka. Tiba2 ustaz2 yang suatu ketika dahulu corot dalam kelas sekarag belajar dapat gelar ustaz- mereka yang mengawal hidup kita. Geng2 comot, kusut masai dan masam jubah ini kita kena sumbat dalam jel jika membuasi kita. Ini bukan Islam yang seni dan lembut yang kita kehendaki.

Ramai orang di Malaysia, mempunyai nenek moyang tokoh agama. Pemimpin madrasah, guru pondok, tokok agama kampong dan mukim- tapi jarang kita dengar mereka mengkafirkan orang lain hanya semata mata orang lain tidak sehaluan fikiran dan pandangan.

Pendekatan dakwah dan mengembangkan syiar Islam cara orang dahulu mengundang hormat dan kemuliaan. Tapi berbeza dengan keadaan hari ini- ada tokoh agama, ustaz yang celupar mulut menjatuhkan hukum kafir keatas orang lain.

Sejak bila mereka mengangkat diri mereka sebagai jurubicara Allah?

Hanya ada satu cara sahaja golongan seperti ini hendak melakukan sesuka hati mereka- menang sokongan majority rakyat dan kemudian jalanlah pemerintahan kuku besi mereka. Gunakanlah ayat selori untuk mensahihkan tindakan dan perbuatan kamu.

Ada seorang pemimpin PAS baru tahap ke2 sahaja, menyatakan jika Wan Azizah tidak menyokong rang undang 355- yakni memperkasakan mahkamah syariah maka jatuh iman dan keluar Islam. Oleh kerana keluar Islam, maka apabila mati kelak, akan ditanam dijirat cina.

Tidak kira berapa puluh kitab lah ustaz ini tulis atau ribuan ceramah dan tazkirah lah yang dia sampaikan, ada rakyat Malaysia yang rasional , mahu orang seperti ini memimpin negara atau menasihati pemimpin negara kita?

Rakyat Malaysia yang rasional tidak memerlukan orang seperti ini- yang mulut nya celupar mengkafirkan orang. Dan kita tahu kemana akhirnya hujjah ustaz scumbag macam ini- langkah berikut nya, dia akan mengeluarkan pendapat adalah halal menumpahkah darah orang lain.

Jika kerajaan barisan Nasional ada keberanian, mereka patut menjadikan suatu kesalahan jenayah jika mana2 pihak mengkafirkan orang lain. Kerajaan yang menggantikan BN mesti berani melakukan perkara ini. Jadikan kafir mengkafir suatu jenayah. Kita sudah cukup mual dengan ustaz2 madcaps.

– http://mpraub.blogspot.my/

.