CANSELOR JERMAN MAHU BURKA DIHARAMKAN

BERLIN – JERMAN . Canselor Jerman, Angela Merkel mencadangkan supaya burka (tudung yang menutup keseluruhan muka) diharamkan di Jerman, lapor CNN.

Menurut laporan CNN, Angela yang sebelum ini membenarkan pelarian perang memasuki Jerman berkata sedemikian dalam sidang partinya, Christian Democratic Union semalam.

“Tudung menutup muka tidak sesuai di sini, ia patut dilarang di serata tempat. Ia bukan budaya Jerman,” kata Angela.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Thomas de Maiziere juga mencadangkan perkara sama.

“Ia tidak sesuai dalam masyarakat kita, untuk komunikasi kita. Kami meminta supaya anda tunjukkan muka anda,” kata Thomas dalam satu ucapan Ogos lepas.

Jerman dipercayai akan mengikut langkah Perancis, Belgium dan Switzerland dalam pengharaman burka.

Perancis sebelum ini menjadi negara Eropah pertama mengharamkan pemakaian burka dan niqab (tudung yang menutup muka kecuali mata) pada April 2011.

– http://www.sinarharian.com.my/global/canselor-jerman-mahu-burka-diharamkan-1.595747

.