‘CALON’ JANGAN TERLALU SYOK, GHAIRAH

SUNGAI PETANI – Senarai calon BN Kedah pada PRU14 yang tular beberapa hari lalu diminta usah terlalu ‘syok’ atau ghairah kerana bimbang ia sengaja disebarkan pihak tertentu untuk menguji atau melaga-lagakan pemimpin.

‘Calon’ N26 Dun Tanjung Dawai, Md Shukri Shuib yang namanya tersenarai menjelaskan, tidak perlu terlampau seronok kerana dikhuatiri menyebabkan ketidakselesaan dan menimbulkan ketidakstabilan kepada parti.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Bujang  (dalam kawasan Parlimen Merbok) dan Panel Penasihat Penerangan Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata, dia juga tidak mengetahui daripada mana sumber senarai berkenaan diperolehi dan tidak mengetahui kesahihannya.

“Bagi mereka yang ada nama jangan terlalu syok kerana kita ada struktur parti dan sistem yang perlu diikuti, selagi tak keluar dari mulut menteri besar sendiri yang juga merupakan Pengerusi BN negeri dan selagi tidak sampai ke hari penamaan calon, senarai tu bukanlah muktamat,” katanya.

– http://www.sinarharian.com.my

.