CABAR SYED SADDIQ BERTANDING DI PARLIMEN PULAI

SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Al-Firdaous memberi cabaran secara terbuka kepada Ketua Armada Parti Bersatu, Syed Saddiq  Syed Abdul Rahman agar bertanding untuk parlimen Pulai.

Menurutnya, beliau mewakili Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk memberikan cabaran tersebut buat Syed Saddiq.

“Saya bagi pihak Jazlan membuat cabaran terbuka pada Syed Syed Saddiq untuk datang ke Parlimen dan bertanding,” katanya ketika Sembang Gen Y: Bahaya Politik Hasutan anjuran Sinar Harian, hari ini.

Beliau membuat cabaran terbuka tersebut setelah mengetahui Syed Saddiq berasal daerah tersebut.

SINAR HARIAN

.