BUNYI ‘BEEP’, JURURAWAT PANDU KERETA ADA BOM IED

SHAH ALAM 9 Julai — Seorang jururawat tidak menyangka kereta yang dipandunya dipasang bom jenis Improvised Explosive Device (IED), malam semalam.

Bom itu berbentuk dua silinder berbalut pita hitam bersama papan litar elektronik dengan wayar merah dan hitam termasuk suis.

Bahan letupan itu dilekat di bampar kereta P Janagi, 27, sebelum disedari kira-kira jam 10 malam semalam, lapor Utusan Online.

Mangsa memandu dari pekan Kapar ke rumahnya sebelum di singgah di rumah bapa saudaranya di Kapar selepas terdengar bunyi mencurigakan.

Ketua jabatan siasatan jenayah (JSJ) Selangor berkata unit pemusnah bom dikerah ke rumah bapa saudara mangsa yang mencabut bom itu tetapi masih berbunyi “beep”.

“Bom itu dimusnahkan kira-kira pukul 2.30 pagi ini di padang bola bersebelahan balai polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom,” kata SAC Fadzil Ahmat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.

– Malay mail

.