Pelan A gagal, muncul pula pelan B. Pelan B gagal, datang pelan C. Pelan C kantoi, muncul pelan D.

Begitulah keluh kesah taktik permainan pakatan pembangkang. Dahulu, ada Buku Jingga dilancarkan September 2010 untuk mengaburi mata dan pemikiran rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Tapi tersungkur juga.

Isi dan inti pati dalam Buku Jingga tidak dipedulikan sehinggakan dalam pilihan raya negeri Sarawak Mei lalu pun berlaga PKR dan DAP sesama sendiri menghadapi BN. Kalau diikutkan syarat dalam buku jingga, sudah dipecat dua parti itu kerana tidak mematuhi perjanjian pakatan. Tapi tiada tindakan susulan. Kedua-duanya sehingga kini masih duduk semeja.

Bukan senang untuk meniru, mencedok atau menjadi pendua BN.

Jika berkehendakkan sangat, langkah pertama, pakatan harapan perlu diterajui seorang pemimpin yang benar-benar berwibawa.

Namun berdasarkan ke­pemimpinan pembangkang sedia ada, sukar ditemukan tokoh yang memiliki ethos atau wibawa tinggi yang dapat menggerakkan pakatan terbabit.

Kedua, pakatan perlu memiliki agenda dan naratif politik yang hebat bagi memikat imaginasi politik pe­ngundi dan rakyat. Kalau sekadar mengkritik kelemahan BN, amat sukar mereka pergi jauh. Apatah lagi dengan soal pengagihan kerusi bertan­ding yang berkecamuk dalam kalangan mereka.

Ketiga, pembangkang perl­u memiliki sumber yang ba­nyak, termasuk dari segi kewangan.

Keempat, dari segi jentera akar umbi, ia perlu lebih baik daripada jentera BN.

Berbanding peringkat bahagian dan cawangan UMNO yang tersusun, keadaan cabang dan ranting yakni struktur PKR cacamarba. Pakatan tiada jentera parti yang ampuh.

UTUSAN

.