BUKAN TENTANG CHINA TETAPI PENDATANG SKALA BESAR, KATA DR M

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyangkal tuduhan yang berkisar mengenai beliau adalah anti-Cina kerana mengkritik pembelian tanah oleh rakyat China di Malaysia.

“Saya mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) dari China sebagaimana mengalu-alukan FDI dari mana-mana negara. Apa yang saya membantah adalah jenis FDI dari China.

“Ia bukan mengenai pelaburan dalam industri pembuatan di Malaysia. Ia adalah mengenai memperolehi tanah di Malaysia, membina penempatan, pekan dan bandar yang akan dijual kepada warga China yang akan datang dan tinggal di sini.

“Migrasi berskala besar yang kami membantah. Jika projek itu oleh kaum India dan beberapa juta kaum India untuk datang dan tinggal di Malaysia, kami juga akan membantah sekeras-kerasnya,” tambah beliau dalam blognya hari ini.

Begitu juga, jelas Mahathir, beliau akan membantah migrasi besar-besaran ke Malaysia walaupun di kalangan rakyat Rusia, Eropah Timur, Afrika atau Arab.

Tegas beliau, warga Eropah cuba mengawal kemasukan pelarian ke benua tersebut walaupun bilangan mereka adalah kecil berbanding penduduk Eropah.
“(Presiden Amerika Syarikat, Donald) Trump mahu bina tembok untuk menghalang Mexico dan Amerika Selatan lain daripada berhijrah ke Amerika Syarikat.

“Mereka mempunyai polis peronda dan anjing pengawal untuk menghalang warga asing ini. Itulah betapa banyak negara menentang migrasi besar-besaran ke dalam negara mereka,” ujarnya.

– M’kini

.