BUAT APA MENGUNDI PAS?

Dalam PRU 14, dijangka dua parti sahaja yang bertanding 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN – UMNO/BN dan Pakatan Harapan. Jelas, yang mana menang majoriti ia akan memerintah Malaysia.

Pas yang bertanding 80 kerusi dan menjangkakan menang 40 tak boleh perintah Malaysia.

Tentulah rakyat Malaysia mahu memilih parti yang berhajat nak perintah Malaysia. Jadi, pilihannya sama ada UMNO/BN atau PH.

Parti yang masuk PRU 14 tanpa ada niat nak ambil alih kuasa tentunya berada di tahap “second-rated”. Tawar hati orang nak mengundi. “Nak buat apo undi dia, kalau dia monang pun tak mengubah apa-apa.

“Lebih baik undi parti yang apabila dio monang boleh membentuk kerajaan. Jadi, pilihan pengundi ialah A atau B. C akan jadi “fallback” calon “in case” dua-dua A dan B pengundi tu memang tak suka.”

Bermakna dengan memilih untuk bersendiri dan tidak bertanding 222 kerusi meletakkan Pas pada kedudukan “disadvantaged”. Faktor ini sudah cukup “powerful” untuk Pas hilang undi dari kalangan pengundi yang mencari parti yang serius dalam bertanding.

Dr Rosli Yaakob
8hb Mei 2017
(Dipetik daripada FB Muhammad Radzi Ismail)

Ulasan Blog – Untuk makluman Dr Rosli ialah bekas Pengarah Urusan Harakah dan bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan. Tulisan atau luahan hati beliau ini telah pun tersebar luas di media sosial.

Apo nak dikato lagi kalau bekas orang kuat Pas sendiri pun sudah mula mempersoalkan hala tuju Pas sekarang ini?

– ShahbudinHusin

.