BREXIT: BRITAIN ‘HILANG’ 400,000 JUTAWAN

LONDON –¬†Usaha Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah atau Brexit telah menelan kos sebanyak 1.2 trilion pound (RM6.5 trilion) susulan penyusutan nilai pound sterling sebanyak 20 peratus.

Menurut laporan syarikat perkhidmatan kewangan global, Credit Suisse, jumlah tersebut bersamaan dengan jumlah 400,000 individu yang kehilangan status sebagai jutawan.

Menurut pegawai syarikat itu, Michael O’Sullivan, kesan pungutan suara Brexit menjejaskan Keluaran Dalam Negara (GDP) tetapi golongan isi rumah menerima impak yang lebih buruk akibat kempen itu.

“Sejak undian Brexit, pendapatan isi rumah di Britain menurun sebanyak 1.2 trilion pound dan kekayaan bagi setiap orang dewasa juga menurun daripada AS$33,000 (RM1.45 juta) kepada (RM1.2 juta) pada hujung Jun lalu.

“Secara jelasnya, mengikut nilai dolar, seramai 406,000 rakyat Britain tidak lagi bergelar jutawan,” katanya.

Bagaimanapun kebanyakan keluarga di Britain tidak terjejas dengan kesan penurunan nilai mata wang melainkan mereka berkunjung ke luar negara dan menyedari perbezaan pertukaran mata wang asing.

MSTAR

.