BR1M dinaikkan kepada RM900

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membentangkan Belanjawan 2017 di parlimen hari ini mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi isirumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Sementara itu bantuan kepada individu bujang berpendapatan bawah RM2,000 adalah RM450.

Sambil menafikan bantuan itu bukannya dedak, beliau sempat berpantaun.

Najib berpantun:

“Dedak bukan, umpan pun bukan, BR1M yang ikhlas satu pemberian, Keperluan rakyat kita dahulukan, Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan,” katanya.

MKINI

.