BOLEHKAH NAJIB SELAMAT DENGAN DASAR LUAR TALAM DUA MUKA

Pertanyaan PM Malaysia Datuk Seri Najib “Kita buat baik dengan China apa salahnya? dan jawapannya sendiri ialah realiti ” China akan jadi the biggest economy by 2040 dan mereka adalah sebahagian Asia.”

Ini adalah suatu kenyataan yang berani memandangkan pimpinan baru AS Donald Trump mahu menjalinkan kerjasama rapat dengan Russia untuk bersama menghadapi ancaman China yang semakin meningkat.

Memandangkan Najib sebagai Ketua ASEAN maka kenyataannya itu mungkin dianggap sebagai ugutan terhadap AS atas sikap permusuhan Trump terhadap negara negara Asia Africa.

Barat selama ini melihat Malaysia dan Singapura sebagai rakan perkongsian setia dalam membantu dasar luarnya terutama dalam strategi dan operasi membantu dasar globalisasinya yang melihat extremisme Islam sebagai halangan utama. Malaysia adalah bersama dengan beberapa negara Islam lain di Timur Tengah dalam hal ini.

Sumbangan RM 2.6 Billion boleh juga dilihat bagi mempastikan penerusan sokongan Malaysia.

Malaysia (Malaya) dan Singapura telah pun memberikan sumbangan yang sangat besar kepada Kuasa Barat dalam mematahkan gerakan komunisme di Asia ketika perang dingin (Blog Barat dan Blog Timur).

Ketakutan orang Melayu terhadap penduduk China di Malaya di zaman penjajah telah diexploitasi sepenuhnya bagi meyakinkan mereka bahawa komunisme akan berakhir dengan penjajahan China. Malaysia juga membantu mematahkan kebangkitan PKI (Parti Komunis Indonesia) dalam masa konfrantasi Indonesia.

Pemimpin PKM(Parti Komunis Malaya) Chin Ping juga tidak senang dengan konfrantasi Indonesia yang didalangkan oleh PKI(Parti Komunis Indonesia) kerana sekiranya berjaya akan memperkecilkan kedudukan PKM yang akan terletak dibawah PKI pimpinan Melayu.(Lihat buku Parti Komunis Malaya yang ditulis oleh seorang pegawai tinggi polis Malaysia)

Walaupun Malaysia merupakan negara Asia yang pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan China tetapi ini tidak merubah dasar anti Komunisnya.

Bagaimanapun perubahan geopolitics setelah runtuhnya komunisme dunia telah menukarkan AS menjadi new imperialsime yang kejam atas nama demokrasi dengan membunuh pemimpin-pemimpin besar Islam yang menjadi ancaman kepadanya(Yahudi) disamping melagakan orang Islam untuk berbunuhan sesama sendiri di beberapa negara Islam yang kuat ekonominya dengan menggunakan senjata Barat.

Disamping gerakan menghancurkan negara-negara Islam terus berjalan, AS dengan kerjasama Russia akan mengadap secara serius terhadap ancaman ekonomi dan keselamatan yang didatangkan oleh China. Sudah ada persafahaman Russia Amerika dalam hal ini.

Pada hakikatnya China tidak menceroboh dan membunuh orang Islam di mana-mana negara Islam tetapi yang membunuh dan menjadikan orang Islam sebagai nyawa binatang adalah Amerika Syarikat.Pergilah melawat muzium perang di Ho Chi Minh untuk melihat kekejaman AS yang lebih dahulu dilakukan terhadap bangsa Asia.

Apabila Dr.Mahathir berundur dari pemerintahan Malaysia, seorang diplomat Amerika memberitahu seorang Menteri Luar Malaysia(rakan saya) “Kami senang dia sudah tidak ada lagi di sana”

Sejauh manakah keberanian Najib dalam kerjasama ekonomi dan keselamatan dengan China? Adakah beliau akan dapat mengimbangi dengan bebas dasar berbaik-baik dengan dua kuasa besar ekonomi apabila persaingan antara mereka semakin meruncing?.

Kata Najib “China ada satu falsafah,kita meminum dari telaga jangan lupa penggali telaga itu.Jasa budi setia ,kenang budi itu”.

Kita juga tidak boleh melupakan dengan memeluk dasar kapitalisme Amerika,dasar Pasaran Bebas Barat maka kita berada dalam keadaan ekonomi pasaran yang lebih maju mendahului negara- negara Asia lainnya.

Bolehkah Najib lari dari mulut naga dan buaya dalam keadaan beliau menghadapi ancaman politik dan ekonomi yang besar dalam negara dan tekanan media Amerika yang mempunyai pengaruh kuat ke atas White House?.

Tidakkah derma RM2.6Billion ada kaitan dengan pengendalian dasar luar negara Malaysia dengan AS seperti juga pemberian projek RM46 Billion kepada China untuk pembinaan landasan Keretapi ke Pantai Timur?

– http://zamkata.blogspot.my/

.