BOHONG BESAR UMNO-BAHAGIAN 2

Ada sebahagian dari kita tidak suka keburukan yang dilakukan oleh sebahagian dari kita yang lain, di pidatokan dan diucapkan dikhalayak ramai. Pendirian mereka kita hormati dan kita tidak ada masaalah dengan sikap yang demikian.  Tapi kepada sebahagian dari kita, kita mesti jadi jurucakap kepada mereka yang diperlakukan secara tidak adil, jadi mangsa kebuasan dan yang tidak bersuara.
Pendirian dan pemilihan demikian, juga harus dihormati.

Kita berpegang kepada prinsip keburukan tidak harus diceritakan secara awam, kecuali bila ketidakadilan, kebuasan dan kezaliman sudah dilakukan. Ini perkara2 yang mesti diperdengarkan kepada seluruh rakyat. Lihat Al Quran 4: 148.

Kemungkaran oleh pemimpin, terutamanya, mesti dedahkan secara public kerana perbuatan nya menganiayai 30juta rakyat Malaysia.

Prinsip ini menerangkan mengapa kita menulis, kita berceramah, kita menyusun diri kita dalam pertubuhan, parti politik dan gerakan menentang UMNO. Prinsip ini menerangkan mengapa kita mendedahkan keburukan kerajaan. Kita bukan suka2 mahu menjadikan mereka tidak gembira.

Sebab nya satu sahaja. Kita tahu dan sedar, bahawa perjuangan untuk keadilan mesti dilakukan ulang berulang. Apa yang Najib sebut dalam perhimpunan agung UMNO 2016 baru2 ini mengesahkan bahawa kita tidak boleh alpa dan lalai. Kuasa2 zalim dan kebuasan pemerintah menjadi jadi jika tidak ada golongan yang bangun menentang.

Jadi, jawapan nya, bukan kita suka kondem pemerintah secara buta2. Kita memilih untuk berada disebelah pihak yang tertindas, yang dianiayai, yang tidak ada suara untuk bercakap dan yang tidak berani melakukan kerja ini. Sebahagian besar dari kita yang melakukan ini, tidak dibayar, kita menghabiskan waktu, tenaga dan harta benda.

Pertama, kita percaya bahawa tanggung jawab kita ialah mendedahkan kepalsuan . kita tidak tutup kebenaran dengan kepalsuan. Lihat al Quran 2:42. Sayang sekali kebenaran menjadi mangsa kebuasan UMNO. Tidak ada orang mahu bercakap mengenai pimpinan buruk Najib. Isiu 1MDB dilenyapkan dan jadikan suatu kebiasaaan. Hancurlah bangsa Melayu bila menjadikan kemungkaran dan keburukan itu suatu kebiasaan.

Apa yang Najib dan UMNO lakukan ialah menjadi fitnah keatas bangsa Melayu. Bangsa Melayu dilihat sebagai kaum yang suka mencuri, menindas orang lain, suka menipu, suka rasuah. Bangsa Melayu membelakangkan kebenaran dan amar makruf; bangsa Melayu menyokong pencurian,; bangsa Melayu bersubahat melakukan kejahatan. Ini semua fitnah keatas bangsa Melayu dan ia dilakukan oleh Najib dan UMNO.

Kita mesti melawan mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, tidak ada kebuasan dan ini dilakukan kerana kita mahukan keadilan. Lihat Al Quran 2:193. Mereka yang melakukan penindasan mesti dilawan sampai keakar umbi. Penentangan keats kezaliman adalah perjuangan yang berterusan.

Al-Quran menyebut perihal mesti ada suatu golongan yang bangun menyerukan makruf dan menolak kemungkaran. Al Quran 3:104.

Al Quran juga menyebut, jikalah tidak ada suatu golongan menyekat suatu golongan yang lain dari melakukan kemungkaran, maka hancur muka bumi ini.

Kita tahu mainan Najib. Namun ada sebahagian dari kita ini terpegun dan terpukau apabila mendengar orang macam Najib bercerita mengenai hal2 dunia in, kadang2 berpura bersumpah atas nama Allah,  sedangkan Najib mempunyai hati yang busuk. Apabila dia membelakangi kita, yang dia lakukan ialah memusnahkan apa yang kita bentuk selama ini.  Al Quran 2:204-205.

Najib akan cuba mencipta isu2 memesong perhatian rakyat dari musibah yang dia lakukan. Dia juga akan menunjukkan dia menjuarai dan menwirai sesuatu perkara yang mahu diperjuangkan- seperti membela bangsa Melayu dari ancaman kaum Cina. Inilah pembohongan yang besar. Bagaimana cina menjadi ancaman kepada orang Melayu sedangkan, sejak kita merdeka yang menjadi kerajaan Federal dan memegang kuasa yang besar ialah UMNO? Sedangkan kaum Cina dan India adalah warga negara Malaysia.
Apa jenis PM yang kita ada yang melaga lagakan suatu kaum dengan kaun yang lain?Jawapan nya ialah PM yang tidak meletakkan Malaysia dipuncak keutamaan. Bahkan keutamaan dan priority Najib ialah memelihara dirinya sendiri.

Tidak cukup kah segala kaedah perlindungan yang ada dalam tangan orang Melayu- struktur agihan kuasa, perlembagaan, demografi, institusi Raja Melayu?  Ancaman yang disebut oleh Najib ialah imajinasi dalam kepala dan kegunaan nya ialah menakutkan orang Melayu.

Bagaimana orang Cina atau DAP boleh menembusi struktur agihan kuasa ini? Dari Raja2 Melayu sampai kepada pimpinan akar umbi – JKKK dan j/kuasa surau dan masjid, pimpinan belia dan lain2 lagi, semua dikuasai oleh Melayu? Demografi adalah destini. Menjelang 2030, orang Melayu merupaka 80% penduduk Negara ini. Mustahil, yang 20% mempunyai lebih banyak kerusi parlimen dari 80%. Perlembagaan Malaysia sudah ada peruntukan2 untuk melindungi orang Melayu dan kita ada institusi dan legitimate forces of coercion untuk memastikan ianya demikian. Kita ada institusi kepolisian, ketenteraan dan kehakiman yang bersedia menjaga keududukan orang Melayu. Akhir sekali kita ada insitusi Raja2 Melayu yang menjaga kepentingan Melayu sebab mereka itu Melayulah jua. Kecuali ada Raja Melayu yang mahukan Cina jadi PM dan ketua negara, kepimpinan negara ini tetap dalam tangan orang Melayu.

Hanya nya, jangan lah kita sangka bahawa menjadi Melayu itu mestilah jadi UMNO juga. Bukan sedikit orang Melayu yang enggan melanggani cara UMNO melakukan kerja.

– http://sakmongkol.blogspot.my/2016/12/bohong-besar-umno-bahagian-2.html

.