BN DI BAWAH NAJIB BAWA EKPLOITASI PERBEZAAN ETNIK KE TAHAP BAHARU

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak telah membawa ekploitasi terhadap perbezaan etnik ke tahap baru, kata penganalisis politik.

Seorang profesor sains politik di Universiti John Cabot di Rome, Bridget Welsh berkata wacana dan persepsi yang muncul dari mereka yang berkuasa ialah demokrasi adalah mengenai peralihan, dan membenarkan demokrasi adalah dengan memberikan kuasa kepada orang Cina.

“Taktiknya ialah untuk mengeksploitasi perbezaan etnik, terutamanya untuk melagakan orang Cina dengan Melayu, menggunakan nasionalisme Melayu dalam cara yang tidak semestinya memanfaatkan masyarakat Melayu, tetapi sudah tentu ia digunakan sebagai sebahagian daripada trend untuk menggunakan identiti atau politik emosi.

“Ini tentang kelemahan, bukan tentang menyatukan Malaysia. Ia tentang penggunaan hubungan etnik untuk manfaat mereka sendiri dalam cara yang memecahbelahkan, taktik yang sudah memang sedia ada tetapi diangkat ke tahao lenih tinggi oleh pentadbiran Najib,” beliau memberitahu pemberita selepas forum yang mengenai pelancaran buku “Regime resilience in Malaysia and Sinapore” di Kuala Lumpur hari ini.

Welsh berkata taktik itu digunakan kerajaan BN bagi memastikan mereka terus kekal berkuasa.

“Mereka mahu hubungan etnik saling bertentangan dan mengekalkannya sebagai politik sifar; kamu lawan saya, yang juga ada kesannya.

“Terlalu banyak kemarahan yang didorong dengan kejam dan dengan cara yang merosakkan struktur masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Welsh menambah, buku yang mempunyai 18 penulis dan 17 esei itu menumpukan strategi yang digunakan Umno dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura untuk kekal berkuasa.

“Apa yang kita perolehi ialah ada pelbagai cara yang digunakan kerajaan untuk mengekalkan kuasa.

“Ia bukan hanya mengenai bagaimana parti itu menyesuiakan diri atau dasar ekonomi, tetapi juga manipulasi ke atas budaya politik, penggunaa pendidikan, kekurangan pendidikan. Itu membantu kami dalam memahami sebab-sebab mengapa parti-parti ini berjaya mengekalkan kuasa,” katanya.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.