BN ada potensi kalah 45 kerusi, kata Muhyiddin

Pembangkang boleh menang 45 kerusi BN dengan hanya sokongan kecil pengundi, kata bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dalam kajian saya, 67 kerusi terumbang-ambing di bawah Umno BN.

“Dalam simulasi dibuat oleh pakar-pakar yang saya lantik, kalau ada empat peratus swing, 45 kerusi akan jatuh.

“Sebahagian besar tu kerusi yang dipegang Umno,” kata Muhyiddin pada siri jelajah anti-1MDB anjuran PKR di Sabak Bernam, Selangor malam tadi.

Presiden pro-tem kumpulan serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata demikian sambil menekankan pentingnya menyatukan pembangkang dan memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN dalam pilihan raya akan datang. – M’kini

.