BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Night Kaaba

Awang bersyukur berikutan persetujuan kerajaan Arab Saudi menambah kuota haji Malaysa kepada 30,200 jemaah. Jumlah itu lebih banyak berbanding 27,900 jemaah pada tahun lalu.
Sudah pasti persetujuan yang diberikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud akan membuka peluang kepada lebih ramai umat Islam negara ini menunaikan rukun Islam kelima itu.

Apapun sementara Awang yakin bahawa persetujuan Arab Saudi itu diberikan hasil hubungan akrab antara kedua-dua negara yang diperkukuhkan lagi dengan lawatan negara oleh Raja Salman baru-baru ini, ia juga membuktikan betapa kerajaan negara tersebut mengiktiraf pengurusan haji Malaysia.
Tahniah Awang ucapkan kepada Lembaga Tabung Haji yang saban tahun berjaya mengendalikan pengurusan haji dengan begitu baik sekali. Jemaah haji kita bukan sahaja dianggap berdisiplin malah berilmu.

Oleh itu Awang berharap penambahan jumlah jemaah itu akan meningkatkan lagi semangat pengurusan Tabung Haji untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji kita.

Awang – Alhamdulillah

.