Perdana Menteri menegaskan, beliau menyedari terdapat beberapa pihak yang menyuarakan permintaan supaya kerajaan menambah bilangan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), dan insya-­Allah perkara itu akan diperincikan secara bersepadu.

“Tetapi saya memerlukan juga sokongan masyarakat Cina agar kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat terus memperjuangkan kepentingan semua pihak.

“Negara ini milik kita bersama, justeru tanggungjawab semua untuk membangunkannya secara bersama-sama,” katanya dalam status terbaharu akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Dalam status tersebut, Najib turut memuat naik beberapa keping gambarnya ketika menyempurnakan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-63 di Dewan San Choon, Wisma MCA dekat sini hari ini.

UTUSAN

.