BILA SITI NURHALIZA TEGUR JAMAL

GELAGAT Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang hanya hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor semalam dengan hanya bertuala mencuri tumpuan penyanyi tersohor negara.

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menerusi laman Instagram miliknya dalam nada berseloroh turut menegur tindakan Pengerusi Gerakan Baju Merah itu.

“Jangan jadi macam jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal dah 4 hari tak mandi. Mintak jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol”, tulisnya lagi.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jamal yang hadir ke SUK semalam menyatakan kehadirannya itu dengan berpakaian tuala mandi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

“Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.

“Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” katanya ketika ditemui di hadapan pagar pejabat SUK Selangor.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK.

Sementara itu, teguran Siti itu selepas 20 jam lalu dimuat naik telah mendapat 16.5 ribu likes dan lebih 1,400 komen.

– Sinar Harian

.