BILA PARTI MELAYU TERBELAH LIMA…

Kalau diikutkan, pakatan pembangkang hanya keciciran 23 kerusi Parlimen sahaja untuk berkuasa di peringkat Pusat iaitu majoriti mudah.

Dikatakan ikut perkiraan, ada 34 kawasan Parlimen yang dijangka jatuh ke tangan mereka. Kesemua 34 kerusi itu dimenangi BN dengan majoriti di bawah 1,800 undi.
Bernasib baikkah BN? Atau dalam erti kata sebenar jika ditolak sumbangan parti-parti Cina kerajaan, bernasib-baikkah UMNO?

Lihat pula perban­dingan antara dua pi­lihan raya umum iaitu PRU-12 dan PRU-13 seperti dalam rajah di bawah.

Taktik licik DAP dikatakan menjadi penyebab berlakunya tsunami Cina pada 2008. Selama empat tahun BN mensejahteraan rakyat terutama selepas kemenangan terbesar dalam sejarah pilihan raya negara 2004. Namun tiba-tiba terhakis, hilang majoriti dua pertiga pertama kali dalam sejarah moden.

Analisisnya mudah. Pola kemenangan parti pembangkang amat konsisten apabila kehadiran pengundi Cina purata 20 peratus dan lebih di satu-satu kawasan. Ini sama ada kerusi Parlimen atau DUN.

Dalam PRU-13, DAP menang 10 kerusi Parlimen iaitu dua daripada Pas, satu daripada PKR dan tujuh daripada BN. Mengikut peratusan, mereka menang 36 peratus.

Bagi kerusi DUN pula, semua kerusi yang dimenangi oleh pakatan adalah satu kerusi daripada Bebas dan 32 kerusi daripada BN. Mengikut peratusan, DAP menang 30 peratus.

Jelas keuntungan memihak kepada DAP. Parti Melayu PKR dan Pas amat memberi keuntungan kepada DAP.

Dengan parti Melayu kini bercambah kepada dua lagi – PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – menjadikan lima kesemuanya (UMNO, PKR dan Pas), adakah undi Melayu akan berpecah?

Siapa yang meraih laba politik di sini? Nampaknya Pas yang diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah faham permainan DAP. Bagaimana pula fikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad?

PRU-14 medan percubaan ter­akhir DAP untuk berkuasa ter­utama buat penasihatnya, Lim Kit Siang.

– UTUSAN

.