‘BILA LIHAT ANWAR BERJALAN, SAYA TAHU DIA SAKIT…’

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan  masih berada dalam keadaan kurang baik rentetan kesan kemalangan yang menimpa konvoi keretanya pada September lalu.

Mendedahkan perkara itu, Naib Presiden PKR,S Sivarasa yang menemui Anwar petang tadi berkata, kesan itu dapat dilihatnya ketika Anwar berjalan menemuinya.

“Bila dia (Anwar) berjalan saya boleh nampak dia mengalami sakit,” katanya sempena himpunan 1,000 Hari Anwar dikenakan hukuman penjara di Dataran Merdeka hari ini.

Dalam pada itu, katanya Anwar turut menitipkan semangat supaya terus bersemangat menempuhi masa hadapan yang mencabar pada masa mendatang.

“Dia minta kita bekerja terus sebab PRU dah dekat beliau tetap bersemangat tinggi,” katanya.

Sempena 1,000 hari memperingati Anwar dikenakan hukuman penjara malam ini Pakatan Harapan menganjurkan konvoi berjalan kaki dari pekarangan Parlimen ke Dataran Merdeka.

Konvoi diketuai isterinya yang juga merupakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Seri Mahfuz Omar dan beberapa  pemimpin Harapan lain.

Selain itu, perarakan kira-kira 200 orang itu turut disertai Naib Presiden PKR, Tian Chua:’R Sivarasa, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Dalam perarakan itu ‘reformasi’, ‘bebas Anwar’ dan ‘Hidup Rakyat’.

Pada awal Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar terhadap kesalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjafa lima tahun terhadapnya.

– http://www.sinarharian.com.my

.