BILA LAGI SPRM NAK BERTINDAK?

Berdasarkan pendedahan Shafie Apdal di Parlimen hari ini, SPRM tidak seharusnya menunggu lebih lama lagi untuk melakukan tangkapan serta siasatan yang seterusnya.

Nama sudah ada, projeknya juga ada, lalu mahu tunggu apa lagi?

Bukan itu saja, sudahlah projek loji air gagal dilaksanakan, tetapi dapat pula projek lebuhraya.

Macam mana tu?

Kalau bekas menteri boleh disiasat dan ditangkap, adakah kerana seseorang itu anak saudara kepada Ketua Menteri, maka ia harus dibiarkan dan lepas bebas begitu saja?

Apakah SPRM mahu menunggu Shafie membuat lebih banyak pendedahan baru mereka mahu bertindak?

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.my

.