BERSYUKUR ATAU KENA CUKUR?

Kahkahkah…lawak betul apa yang dikatakan Salleh Said Keruak ini.

Di mana logiknya rakyat perlu bersyukur dengan kepimpinan Najib Razak?

Tiada istimewa langsung sebenarnya Najib menjadi Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia sejak 2009 yang lalu.

Apakah dibebankan dengan cukai GST, ditarik subsidi, dibeban dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup membuatkan kita harus bersyukur dengan kepimpinannya?

Apakah juga dengan Najib memalukan nama Malaysia ke seluruh dunia melalui skandal 1MDB dan kemewahan keluarganya masih membuatkan kita harus bersyukur beliau menjadi memimpin kita?

Apakah memiliki hutang yang paling tinggi dalam sejarah negara dan dalam masa yang sama banyak aset dan tanah tergadai kepada China melayakkan kita bersyukur sama?

Bersyukur atau kena cukur?

Hakikatnya, selain Najib sendiri, hanya Jho Low, Rosmah Mansor,  Riza Aziz dan menteri-menteri pengampu serta pendedak saja yang betul-betul layak bersyukur dengan adanya Najib menjadi Perdana Menteri.

Hanya mereka saja yang dapat nikmat tak terhingga sejak Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ini.

Selebihnya, rakyat tak habis-habis kena cukur dan dijadikan mangsa.

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.